Sunday, December 13, 2009

Sara suka sangat main ngan baby ni...
Bersama PAkar Laktasi Pn Rita Rahayu yg sabar dan banyak melayan pertanyaan dari kami... Actually ada bnyk lagi benda yg nak ditanya tapi kan bukan aku sorang dalam kelas tu hehehehe. TApi sesi discussion tu memang bnyk manfaatnya. And keterangan dari Pn Rita memang jelas dan her explanation senang nak paham. Memang Best join this class. Buat A. Din tq so much kerana sudi dtg dari putrajaya semata2 utk jaga darwish. and tq atas sokongan darimu dalam ku harungi halangan2 dalam fully bf ni. tq for hubby coz sudi biayai fees and bawak yang ke shah alam.
SESI 2: Mengatasi Kurang penghasilan susu (overcoming low Milk supply)
Penceramah Sesi 2: Puan Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi dari Nurturing Concepts sdn Bhd/momslittleones.com Masa & Tarikh: Tarikh: 13 Disember 2009 Sesi 2: 2.00pm-4.00pm
Tempat: Butik Sarakids, 42-1, Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor
Alhamdulillah setelah berhempas pulas memaksa rela kn hubby sertai kelas penyusuan ni akhirnya berjaya juga hadirinya. Seronok dapat bertemu mata ngan pakar laktasi Pn Rita Rahayu... ternyata bayaran yang dibuat amat berbaloi2 dan rasa ingin lagi menyertai kelas penyusuan seperti ini, lebih seronok kalau kelas2 begini dibuat dekat ngan rumahku. X perlu la susah2 ajak hubby pegi boleh gi sendiri. Kami register untuk berdua lastly hubby jadi tukang jaga anak kat luar bilik. X pe la kalau ada lagi kelas hopefully sabtu ke... anak blh send ke nursery boleh la fokus skit.
And... takut pulak ilmu yang aku dpt tu hilang cam tu je jadi aku ingin mencata sesuatu la sebb tadi pun lenggang kangkg betul lupa bwk pen and kertas. Lupa nak catat. MAna2 yang aku ingat aku catat la...
Yang penting kat sini ibu2 mesti bertekad sepenuh hati untuk menyusui bayi. Semua ibu akan ada susu selepas melahirkan baby. Bila plasenta keluar hormon prolaktin akan tinggi dan susu akan dihasilkan perlahan2. Mula2 hari pertama kelahiran susu memang sikit or x de langsung tapi kolustrum ada. Ada yang picit breast letak kolustrum dalam sudu untuk bagi kat baby. X de istilah baby lapar sebab perut baby masa sehari cuma sebesar kacang, then akan jadi sebesar guli, then akan jadi sebesar bola ping pong. Jadi x perlu la ibu2 bagi formula dgn alasan baby lapar.
Masa aku bersalin ari tu, nurse tu bagi baby susu formula dgn alasan nanti baby kuning. Sebenarnya kolustrum and susu ibu tu sendiri boleh menyingkirkan tahi baby yang kaler hitam tu dengan cepat supaya tidak jaundis. So... ibu2 perlu banyak susukan baby. Time2 baru lahir ni baby memang banyak tido, so ibu perlu kejutkan baby supaya bangun menyusu. Jika baby tak bangun perlu lakukan sentuhan dan massage baby dengan cara buka baju baby (take off pakaiannya) and masagge badan, kaki n tangannya supaya dia bangun. Untuk memastikan bayi kita kenyang boleh lihat dari segi pampers yg dipakainya basah. Waktu baby baru beberapa hari basahnya seperti meletakkan dua sudu air ke atas pampers. Then mesti ada pertambahan berat badan. dan menyusu badan mesti on baby demand. Malam perlu bangun menyusu baby waktu yang susu bnyk produce ialah from 9pm to 3 am. So ibu perlu berkorban sikit la kan... sure ngantuk punya. Hormon prolaktin tinggi masa kita berpantng thats why susu pun banyak sebab ia seperti kilang yang baru buka hasilkan product dgn banyak then bila dan stabil barulah dia maintainkn produknya. So mesti ingat SEMAKIN BANYAK PERMINTAAN SEMAKIN BANYAK JUGALAH PENGELUARANNYA. Breast ni umpama tangki air tu, bila dah kosong dia tambah, jika kosong banyak maka tambahnya pun banyak. So gunalah banyak2 sebab nanti akan diganti banyak2. Jika tidak menyusu dalam jangka masa yang lama lebih 3 jam akan menyebabkan FIL hadir dan membantut kan pengeluaran susu or overcoming low Milk supply. ANd tak boleh ponteng sesi pam susu... kalau x jadi macam budak2 yang ponteng kelas tu akan hilang dan rugi banyak benda. Itu la contoh yg puan Rita bagi sebab kami cikgu...
Baby perlu diberi susu sepenuhnya selama 6 bulan tanpa air or makanan lain. Sampai 6 bulan boleh bagi solid food dan susu ibu. Bila dah sampai 2 tahun anak perlu diberi makanan yang berkhasiat x semestinya susu dan susu bukanlah semata2 makanan wajib buat anak2. yang penting apa2 makanan yang berkhasiat.
Setakat ni tu la dulu yg aku sempat catatkan. Nanti kalau ada lagi benda2 yg diingat kmbali coret la.

1 comments:

cik aa said...

thanks for info..mmg dr dulu bertekad tiap kali bersalin nk menyusu,tp mmg x leh berthn lame,paling lame sampai setahun je..tp peknen kali ni,mmg smgt berkobar2 nk menyusu tmbh plak peluang x keje ni,akan ku guna sepenuhnyer..he3..moga2 berjaya.mnmpk mudah sebenarnya cbrn gak tu esp yg bekerja..

Post a Comment