"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
ambil2 tu niat dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite & banyakkan susu kite...
amalkan membaca surah al-Hujurat & al-Kautsar sedari mengandung lagi dan selepas melahirkan antara amalan-amalan yg bagus untuk mommies yg breastfeed anak.
surah al-Baqarah ayat 60
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
sumber: http://harlindahalim.blogspot.com/search/label/DOA%20for%20BF%20Mom
0 comments:
Post a Comment