Friday, August 7, 2009

7-9 Ogos husband pegi kursus, kat Pulau Redang. Mmm kalau kat pulau ni tak nama kursus la kan nampak cam gi holiday je. tapi nak tak nak, bagi tak bagi husband tetap pergi ye la kursus.. team building! Aku bukan x bagi pegi cuma rasa sedih skit kena tinggal time aku baru je habis pantang (nasib baik masih cuti), dan aku pulak demam 2, 3 hari ni. badan pun rasa lenguh2 yang amat. Danial most of the day akan bangun kul 3 pagi sampai la ke subuh. Aku penat memangku dia yang tak nak tido kat bawah nak tido atas pangku. Tapi harap2 sepanjang husband x de dan seterusnya dia buat perangai baik. Begitu la jugak dengan anak2 ku yg lagi dua org. Rasa gerun jugak bila ada anak 3 terasa ramai sangat. Ketahui la husband ku tika abang seronok snorkling kat lautan sana, yang tunggang langgang dgn anak2 yang macam2 kerenah. Abang pun tahu kan... Anyway Yang doakan abang seronok kat sana dan balik dgn selamat. Tapi nanti mesti kena sunburn kan. Tak pe janji puas lagi pun abang memang dah lama nak gi pulau kan dan sememangnya saat2 ni yang abang tunggu. Cuma aku harap 3 hari ni dan seterusnya aku diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan yang baik untuk uruskan anak2 ku dgn sempurna.

0 comments:

Post a Comment