Aku hamil lagi... Kali ini merupakan kelahiran ketiga cahaya mataku hasil sulaman kasih bersama suami tercinta. Kehamilan kali ini agak berbeza kerana di sudut hati aku terasa tebal naluri untuk menyusukan anakku dengan susu ibu, atau lebih tepat lagi ingin berikan susu ibu secara eksklusif. Senang??? Hatiku berbisik juga kala itu terasa tidak mampu untuk lakukannya. Namun berbekalkan semangat, pembacaan, sokongan terutamanya dari suami tersayang meyakinkan aku untuk mulakan langkah demi langkah...
Buat ibu2 diluar sana andai ada kesempatan (sedang hamil or anak still 2 years below) aku amat2 menyeru agar bukalah hati untuk memberi kasih sayang sebenar buat anak2. Memang tidak mudah. Sebenarnya detik hatiku bermula bila suatu hari aku menatap kembali majalah yang ku beli sewaktu mengandungkan anak kedua. Membaca artikel celebriti terkenal Wardina mengenai penyusuan susu ibu membuat aku berfikir banyak mengenainya. Turut sama aku terlihat website tentang ini. Dari situ aku memulakan pelayaran... langkah pertamaku!
Melalui email aku suarakan hasrat hatiku pada suami tercinta dan adik beradik serta ipar duai ku. Alhamdulillah semua menyokong. Malah mereka bersusah payah mendaptkn aku website2 berkaitn penyusuan. Pada suamiku aku awal2 lagi maklumkan padanya bahawa perbelanjaan yang agak banyak perlu dilaburkan bagi memastikan aku dapat memerah susu dengan mudah. Padanya juga turut ku khabarkan... membeli semua peralatan untuk memastikan semua berjaya mungkin sama juga lah kos membeli susu formula yang memang sedia maklum mahal harganya bagi setin yang kecil. Walaupun suami tidak pernah memaksa aku menyusukan baby secara xklusif namun hasrat hati nan satu ini diturutinya jua. Thank you sayang! Banyak juga barangan yang berkaitan kami borong. Tapi demi sayangku di dalam ni kami rela... tapi ingat semangat perlu kental.
Langkah demi langkah... kujejaki banyak website biar banyak juga lah ilmu didada, biar utuh jua lah semangat ku ini. Dalam bimbang dan ragu aku pasti misi ini perlu diteruskan! Bahan bacaan dan majalah-majalah ku tatap asal ada topik berkaitan. Aku perlu cekalkan hati...
Dewasa ini kukira tak perlu lagi aku warwarkan kenapa susu ibu penting sebab ku tahu semua ibu juga tahu susu ibu penting buat bayi mereka. Tiada siapa pun mungkin berani menidakkannya. Tapi kenapa tidak disusukan bayi mu itu??? Susu kurang, letih, anak tak nak, anak tak kenyang, puting sakit... Itulah senario biasa yang kutemui dan aku juga memberikan jawapan yang sama ketika menyusukan anak2ku sehingga 6 bulan pertama... itu pun campur. Kini aku sedar kenapa aku berkata demikian. Dulu aku x de langsung pendedahan tentang ini. Dan tiada siapa yang guide.
kini, aku ingin menyeru ibu-ibu bangkitkan lah semangat mu bersamaku...
Sebelum diteruskan coretan ini, ingin sekali ku berterima kasih pada alang yang telah memperkenalkan kawannya Azlina yg fully bf (seronok tgk susu2 yang diperah) , rakanku ketika di BTN sepang seorg nurse yang memberi kata2 semangat yg tika itu aku sedang pregnant (katanya perlu tanamkan azam untuk susukan baby ketika pregnant lagi) , kawan baru di blog Azlina thanks a lot sudi menjwb semua kemusykiln ku... mereka banyak memberi semangat kepadaku untuk memulakan misi ini. Ingin sekali ku ajak semua rakanku menyusukan anak sepenuhnya. Malangnya jawapan yang kuterima semuanya negatif. Saat tu terasa rebah semangat yang selama ini kubina. Ada jua rakan2ku yang menyahut sepi bila ku mulakan kata tentang aktiviti pam susu malah disambut dengan kata2 yang memburukkan lagi emosi seorang ibu.
Namun kini setelah selamat melahirkan Muhammad Danial Qays aku berjaya menyusukannya secara xklusif dan berjaya juga memerah susuku. Terasa bangga yang amat tatkala susu yang dipam mengalir ke dalam botol dan separuh botol penuh. Hangatnya susu ibu begitu jugalah hangatnya malah makin membara semangat untuk susu kan anakku secara xklusif. Buat ibu2, jangan lah dilepaskan peluang yang satu ini kerana ia tak kan kembali setiap masa. Mungkin ada tikanya tapi mungkin juga tak sama. Memang bukan mudah tapi mungkin juga tak susah. Mulakan sekarang!
Aku terus berharap agar aku diberi kekuatan untuk hadapi apa saja yang mendatang asalkan si manja ku dapat menikmati susu ibu yang lazat dan berkhasiat ini. Aku yakin dengan susuku ini Danial sihat, aktif dan bijak!
Video klip: Susu ibu... Bayiku sihat dan aktif
Tika video ini kurakam usia Danial 57 hari
2 comments:
salam..
yerp, nk jd BF-mom nie mmg kena ade ILMU-BF yg cukup.. pstu kena btul2 NEKAD+TEKAD..insya Allah pasti berjaya..
gud luck utk contest nie gaks.. sama2 lar kita BF ank kesayangan kita dgn makanan penuh kasih sayang (SUSU IBU).. lps nie leh kite sama2 share info psl BF.. chayork2 BF-mom!!
btw, i follow u..salam kenal..
salam..
good luck ek..
Post a Comment