Friday, June 25, 2010

sori mommies semua hari tu tulis font kecik sebab x dan la nak edit2. anyway sangat panjang kan entry hari tu jadi ku ringkaskan di sini. the conclusion of the article below:

Susu FM sebenarnya x wajiblah setelah anak2 dah tamat breastfeedg selepas 2 tahun. Lebih baik diberikan makanan2 yang sihat yg terkandung nutrition2 yang diperlukan daripada menghabiskan duit beratus2 ringgit untuk beli susu yang mahal2. 

Rasionalnya: bila anak kita minum susu tu nutrition yang terdapat dalam susu tu hanya menyerap about 5 - 10 percent only. Selebihnya jadi la poo.... that's why baby yang bf sepenuhnya poo sedikit berbanding baby yg fm sahaja poo banyak. tapi kalau makan nasi cukup ngan sayur2 ngan ikan2 ayam2 lebih bnyak la anak kita dapat khasiatnya. Bagi minum air masak yang bersih. cukup.. means ibu2 x bersalah la kalau x bagi fm tapi bersalah betul kalau susu fm banyak makan kurang... n mesti ingat anak yang gemuk tu x semestinya sihat kan. anak yang kurus tu x semestinya banyak penyakit back to how ur mom feeds u?

so mommies2 boleh la bagi komen2 ke supaya kita sama2 dapat share info yang berguna utk anak2 kita.


masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat: 1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi. 2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja. 3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi. Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan. Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut. Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

3 comments:

hana said...

kecik sgt font,senak mataku nak baca.nanti dtg baca lagi...

hana said...

nor,
bg conclusion utk article mu ni bole dok? klabu mata nak baca.heheh

NAI said...

anna ku dah wat conclusn tu tp terpjg gak skit besa cnclosn pendek kan hehe

Post a Comment