Ada kawanku yang bertanya? Kenapa susu badannya cair saya punya pekat? Jawapannya ada dibawah petikan ini yang kuambil dari http://blog.perempuanmelayu.info/2006/05/nutrisi-terbaik-daripada-ibu.html.
Susu badan terhasil dalam satu bahagian kecil seakan kelenjar dalam payudara. Kelenjar ini terjadi selepas hormon tertentu (estrogen, progestreron, pituitary prolactin dan placental lactogen) diransang dan terjadi pada fasa kedua kehamilan.
Payudara manusia tidak menyimpan susu dalam jumlah yang banyak seperti lembu. Menghisapnya meransang pelepasan hormon prolactin yang akan meransang penghasilan susu dan pelepasan satu lagi hormon (oxytocin). Hormon ini kemudian akan merangsang pengecutan kelenjar susu. Susu akan keluar daripada kelenjar ini ke saluran susu sebelum melalui puting.
Pada permulaan penyusuan, susu berwarna seakan biru dan mengandungi laktosa, protein dan sedikit lemak dikenali sebagai ‘foremilk’. Pada akhir penyusuan akan terjadi ‘hindmilk’. Hindmilk mengandungi lebih banyak lemak, sumber utama tenaga bayi anda.
Jenis susu ibu:
Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah.
Dah dapat dah jawapannya? Means kalau si ibu perah sedikit x sampai 20 minit ke, hindmilk tu belum keluar lagi. okey... buat ibu2 semua yakin lah susu kita ada untuk si comel.
0 comments:
Post a Comment