You're very mean...
Hari ini hari lahirku yang ke 32. Terima kasih pada saudaraku yang wish birthday dan nyanyikan ucap selamat padaku. Kami masih diselubungi rasa kehilangan. Maka tahun ini tiada sambutan hari lahirku dan ida juga bakal datang alang. Sayu hAti bila terkenang sms yang kuterima saban tahun dari ayahanda tercinta. Tahun ini dan seterusnya tiada lagi kiriman istimewa itu singgah di telefonku. Apapun ku harus redha kerana tiap yang hidup pasti akan kembali ke sisi Yang Maha Kuasa. Kami semua rindukan arwah ayahanda. Hanya doa dan bacaan ayat2 suci al Quran yang boleh kami hadiahkan buat ayahanda tercinta. Moga kirimam ini sampai untuk arwah. Ya Allah cucurilah rahmat ke atas arwH ayahanda tercinta.
0 comments:
Post a Comment