You're very mean...
Sekarang kami dalam perjalanan balik ke KL setelah cuti tanpa rekod 3 hari dan cuti rehat khas 1 hari. Namun cuti itu masih tidak mencukupi untuk kami adik beradik menguruskan pelbagai hal termasuk untuk semak hutang dan apa2 berkaitan dengan arwah ayah. Kami dah dapat wish yg kami tempah. Namun x mampu buat kami gembira kerana ia mengingatkan kami kepada arwah. Sebelum dapat wish ni ayah lah yang x putus2 bertanya dah dapat le belum. Selanh beberapa hari paati ayah bertanya lagi. Kami dapat wish pada jumaat 6 mei ptg namun 7 mei pagi ayah telah tiada... Tapi masih rasa sejuk hati kerana kami pernah bawa ayah ke showroom utk tgk2 wish ini sebelum proses berkaitan selesai. Apapun ku perlu tabah dari memikirkannya...
Beberapa ketika teringat pula pada kata2 seorang guru lelaki berbangsa cina time marking paper Spm...Cikgu tersebut ulang2 nasihat yg sama padaku. Katanya Bila ibubapa kita sudah tua mereka x hrapkan sangat duit dan harta benda dari anaknya. Apa yang diharapkan oleh mereka masa yg diluangkan untuk mereka. Kawan2 ku selagi masih ada waktu spend ur time dgn ibubapa sambil mendengar apa yg mereka kata just dengar dan layan itu boleh buar hati mereka bahagia. Buat adikku alang dan ce de u all bertuah dapat berada di samping ayah mak hingga hujung nyawa ayah. Terima kasih juga kerana sudi berkorban kerjaya dan life u all semata2 untuk jaga mak ayah terima kasih adik iparku daus yang sudi jaga ibu dan bapa mertua. Jagalah mak dgn baik ye... Angah percaya lang rezeki korang akan ada satu hari nant bila menjaga mak ayah sepenuh hati. Tabahkan hati ye alang...
0 comments:
Post a Comment