Outfit Ideas Cardigan for Men
Fesyen hari ini semakin berkembang dan menunjukkan kaum lelaki juga tidak ketinggalan dalam menggayakan trend fesyen terkini. Contohnya, jika dahulu hanya wanita yang gemar memakai koleksi cardigan, majoriti lelaki pada hari ini juga gemar bergaya dengan koleksi cardigan for men seperti berikut;
Fungsi awal cardigan adalah sebenarnya untuk dipakai ketika cuaca sejuk dengan tujuan untuk memberikan kehangatan kepada tubuh badan si pemakai. Kini, cardigan sering dijadikan pelengkap gaya bagi sesuatu penampilan. Misalnya, pemakaian pakaian pejabat seperti seluar slack dan kemeja seperti berikut. Pemakaian cardigan sebagai outerwear menjadikan penampilan seseorang lelaki itu menjadi lebih bergaya dan berkeyakinan.
Selain dijadikan outerwear di pejabat, cardigans juga amat sesuai digayakan sebagai pakaian kasual yang santai. Padankan koleksi cardigan ini bersama pemakaian jeans dan baju-t anda untuk mendapatkan penampilan yang lebih menyerlah.
Dan menyentuh mengenai penggayaan cardigan itu pula, anda boleh memakainya begitu sahaja tanpa mengenakan butang untuk penampilan yang lebih santai, atau anda boleh membutang cardigan tersebut untuk mendapatkan penampilan seperti berikut. Terpulang kepada citarasa anda sendiri!
Dan akhir sekali, untuk gaya yang paling santai dan pada masa yang sama anda masih mahu kelihatan bergaya, padankan cardigan tersebut bersama pemakaian seluar pendek dan baju-t kegemaran anda. Ini merupakan outfit hujung minggu yang paling ideal untuk anda yang mementingkan keselesaan!
0 comments:
Post a Comment