Wednesday, November 18, 2015

Catatan ini ummi tujukan buat anak ummi yang disayangi Muhammad Darwish Qayyum yg baru sahaja mendapat keputusan UPSR pada 17 Nov 2015. Anakku slip itu hanya sekeping kertas dan ummi tahu Darwish mampu pergi dengan lebih baik. Walaubagaimanapun ummi dan papa sangat happy dan berbangga dengan pencapaian Darwish 4A 1C (english C). Sudah banyak kali ummi pesan bahawa Darwish mampu buat dengn lebih baik tetapi akibat tidak begitu fokus ini yang Darwish dapat. Its ok yang penting pergi dgn lebih baik, jg sahsiah diri. Ummi akn lebih bangga dengn Darwish yg jd anak yg soleh serta mempunyai akhlak terpuji. Ya Allah jadikan lah anakku ini anak yg soleh berjaya di dunia dan Akhirat. Di sini ummi share kn detik2 gembira darwish

Tuesday, June 9, 2015


We're ready for our honeymoon... London kami datang.
My dear husband won a lucky draw oct 2014 in his company anniversary 130th dinner. Pakej Pelancongan bernilai 13K. Oleh kerana my dear husband nak sangat menaiki kapal terbang 2 tingkat yg besar ni Airbus A380, dia memilih untuk ke London. Waktu  tu ku sedang pregnant almost 8 months so x dapat la nak fly that time. Terpaksa postpond hingga ku dah deliver. Ini adalah rezeki baby baru kami Danish. So tarikh yg bagus ialah during school holiday, 1 - 6 Jun 2015. Ada sedikit problem kerana kami nak minta mak tengokkan anak2 but at same date mak nk mengerjakan umrah. But lucky my sweet sister sudi jaga anak2 bersama2 adik, anak saudara dan cousin yg kebetulan sedang bercuti semester. Thanks to u all guys...
Masa yg ditunggu tiba. Flight kami on 1st June 2015, Monday at 11.15pm. 


Walaupun happy bakal menjejaki Kota London dalam masa tg sama rasa sangat sedih tinggalkan anak2, just say to myself alang dan semua akan jaga anak2 ku dengan baik. And dgn kemudahan internet rasa tidak begitu berat kerana dapat news dari mereka setiap saat.


Oleh kerana Danish kurang sihat jadi dibekalkannya dengan barang2 dibawah:

yang ini untuk sedut hingus

Bagi yang membawa baby ini dia bassinet untuk baby tido. 



Lapar nampaknya hihiihi





Sempat juga my dear husband ambil gambar dalam toilet memandangkan ntah berapa kali ke toilet sepanjang hampir 13 jam perjalanan.








Ini tangga menuju ke tingkat atas, oleh kerana kami bawa baby tempatnya hanya di tingkat bawah.

 Bila baby tido dapatlah ummi menikmati hidangan
 Anak org putih yang dok sebelah kami...

 Ruang kaki yang agak besar


Percutian kami ini dibawah agen pelancongan Mayflower. Di mana tempat tinggal, flight dan 1 trip London tour diatur untuk kami oleh agen termasuk pengangkutan dari airport ke hotel dan hotel ke airport semula. Ini dia orang tunggu ketibaan kami diairport siap tulis nama SAFARUDDIN JEMAIN atas ipad.
Bersambung ....

Saturday, May 9, 2015

Allahuakbar Allah Maha Besar...
Saat ini ku rasa masih fobia dengan peristiwa yg menimpa bayi comelku Muhammad Danish Qushayyi. 7 Mei 2015, Khamis, jam 3 pagi. Ku terjaga dari tidur dan terus terpandang bayi comelku yang tidur mengiring menghadapku. Mata nya putih hanya sedikit sahaja mata hitam yang nampak. aku panik dan pantas bangun memanggil2 danish. Segera ku angkat tubuh bulat itu. Tiada respon, tiada suara... tangan dan kakinya terkulai. Hati ku dah tak keruan ku bangunkan suami di sisi. Minta dia lihat apa yang sedang terjadi ke atas Danish.
Melihat kepada nya seolah-olah Danish sukar bernafas. ku baringkan Danish dan buka mulutnya takut dia tak boleh bernafas. Tiada respon. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku ketika itu. Aku cepat2 minta suami hubungi jiranku yang merupakan  doktor (suami isteri doktor) di mana isterinya Doktor Khairiah merupakan insan yang menyambut kelahiran bayi comelku Danish di Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang.
Tangan ku menggigil-gigil menyentuh skrin handphone mencari nombor telefon untuk dihubungi. Saat itu Danish masih tiada respon dipangku papanya. Kami masih memanggil2 nama Danish. Apa yang berlaku? Danish sihat sahaja sepanjang hari tanpa demam walaupun petang rabu Danish ada menerima suntikan vaksin untuk 3 bulan (ketika ini umurnya sudah 4 bulan). Sementara menunggu kedatangan doktor suami mendukung bayi comelku.
Beberapa minit mendukungnya, terdengar tangisan Danish dan ku lihat matanya kembali normal. Ya Allah syukur Alhamdulillah.... dengan tangan yang masih menggigil ku dukung Danish sambil menunggu kedatangan doktor, jiran ku di tepi rumahku. Sewaktu doktor tiba Danish kembali normal. Doktor lakukan pemeriksaan kepada bayiku. memang Danish tidak demam. Pernafasannya juga elok. Doktor kata mungkin sawan. Walaupun tidak demam sawan tetap boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Doktor kembali ke rumah setelah hampir setengah jam memeriksa Danish. Terima kasih jiranku...
Walaupun hatiku masih tidak tenteram dengan melihat Danish kembali normal ku tertidur juga ketika hampir 5.00 pagi di sisi Danish. Akibatnya kami terlewat bangun untuk ke sekolah kira2 jam 6 pagi...
Ketika berada di sekolah hatiku masih tidak tenteram walaupun sudah ku pesan kepada ibu Danish (baby sitter) supaya monitor keadaan Danish sepenuhnya.
Ku kabarkan berita ini kepada kawan2 mereka mintaku balik saat itu juga dan lakukan pemeriksaan lanjut. Terima kasih kepada teman2 guru2 form 6 Star yang perihatin dan rakan sepanitia Pn Tew yang sudi relief kelas ku dengan menjalankan program Gemilang Ilmu.
Suamiku ambil emergency leave bermakna dari Jumaat hingga Khamis beliau bercuti. Kami ke klinik Pakar Kanak2 Lee di Bandar Botanik di mana Danish menerima suntikan vaksin bulanan. Doktor memeriksa dan mendapati keadaan Danish normal dan sihat. Namun begitu doktor mensyorkan Danish admit di hospital Klang untuk further observation petang nanti kerana bimbang kami tidak dapat observe Danish di waktu malam.
Tapi memikirkan urusan anak2 yang lain ditambah dengan keyakinan keadaan Danish yang normal ku kabarkan kepada jiranku Doktor Khairiah bahawa kami akan observe keadaan Danish di rumah sahaja dengan bergilir2 tidur antara ku dan husband. Sehingga ke pagi berikutnya keadaan Danish normal.
Alhamdulillah... syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepada Mu ya Allah kerana masih memberi Danish kepada kami. Sesungguhnya itu antara peringatan yang Allah berikan kepada kami supaya kami sentiasa ingat kepada Nya... Ya Allah aku bermohon kepada Mu agar diberikan kesihatan yang baik kepada kami dan jauhilah kami dari perkara2 buruk. Amin.
Namun begitu hingga sekarang ku masih tertanya2 apa punca jadi begitu.

Saturday, February 7, 2015

LIMA 2013

Ini kunjungan my dearest husband ke LIMA 2013. Umminya dan anak2 melepak di hotel sambil makan coklat dan mandi kolam time ni. So this year kami akan ke sana lagi ... Langkawi 




















































;;