Mari kita story tentang holiday yg ke 3 sepanjang year end breaks... Kami ke Kuching, Sarawak dari 11 - 14 Disember 2012.
Subuh2 hari kami dah sampai LCCT. Ni beg2 sebelum pergi ye (bandingkan nanti dengan troli time nak balik hehehe)
Kalau datang ke Kuching mesti singgah ke Restoran ni Kopi O Corner yang pernah masuk Jalan2 Cari Makan. ini tempat pertama yang kami tuju bila sampai ke Kuching ni... mode lapar
Kami memilih Tune Hotel dekat Waterfront dan murah... Ini double room. Nak luas skit ambik twin Room
Ni first round ronda2 dulu lepas check in dan rehat2 - nak dinner lapar lagi..
Naik bot penampang ke seberang. 50 sen sorang je..Tapi Mia takut tiap kali naik je nangis...
Sampai kat Jeti seberang
Cantik tak view dia lebih kurang kul 7 malam
Bonda tercinta
Ni namanya mee crispy. kami makan kat tempat yang ada payung besar tapi bukan yg mula2 jumpa sesudah turun dari jeti tapi the second one yang jauh skit tu...
Orang x ramai kat sini tp masakan sedap2
Mi Kolok
Ni mee goreng
Ni Laksa Sarawak
Kami singgah kat Mira kek Lapis. just beli satu try dulu...
Tester sedap...
Time ni plaza merdeka baru saja beroperasi..
Ni rojak kat Kopi O Corner
Ni tak pasti nama apa tp nice daging di balut dgn telur ala2 Omelet
Kemudian kami singgah kat tempat buat pasu + kedai jual pasu2
Boleh buat pasu atau just posing2 ambik gambar
Kalau nak beli pasu bagitau nak carry ke nak masuk kargo. nasihat ku baik hand carry je sebb aku tgk diaorg dok punggah barang ke dlm flight dengan kasarnya... tp mungkin tetap selamat sebb dia memang bungkus sebaiknya..
hari kedua pegi lagi ke seberang Waterfront tu..
Sekarang kami berada di Muzium Kucing - dah tak de tempat menarik nak pegi.
Sempat lagi baring2 kat dalam Muzium. Masuk free tapi kalau nak bawa masuk kamera kena bayar RM4.
Kami dalam perjalanan melihat Orang Utan. tapi kami datang ni musim buah jadi orang utan x nak kuar. So kami teruskan perjalanan mencari rumah panjang tp lost bila GPS tak dapat trace jalan. Singgah beli durian nak rasa durian Sarawak yang ala2 cempedak. Tak sedap la rasa muak...
Si kecil ni kepenatan..
Dapat bergambar dengan orang utan buatan je...
Selamat datang ke taman Buaya Jong
Rasa seronok masuk sini. Bayarannya pun berbaloi. RM16 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak2, Jika penduduk Sarawak tiketnya lebih murah. Zoo nya sangat luas memang kepenatan
Ada banyak ikan dalam kolam ni besar2...
Semua dah penat round satu Zoo
Berehat di pondok2 yang ada menarik...
Snap la sekor buaya yang agak besar. dan memang banyakkkkk buaya kat sini. Dalam bnyk2 Taman Buaya yg kami pernah pegi kat sini memang truly Taman Buaya...
Ni maksudnya lapar lagi... kalau nak tengok persembahan bagi makan buaya datang la around 11 pagi atau 3 ptg. Kami masuk sini tengahari jadi memang kelaparan betul nak nunggu buaya makan kul 3 ptg. Jadi kami pun makan Maggie sedap gak bila berebut2...
Ni menunggu show Jumping Feeding. Video nya akan disusuli kemudian
Itu tempat workers dia Nampak tak buaya2 semua dah dtg meunggu tuannya...
Persembahan pun agak lama memang puas hati sangat2...
Ni last day kami kat Kuching... so nak jugak bergambar ngan kucing2 ni. Ni dekat tengh2 roundabout..
Di Pasar Basah Satok cari ikan terubuk masin
Ikan2 yang dibeli dibungkus elok2 untuk masuk kargo
Nampak tak cruise tu. kalau nk naik cruise RM 60 sorang ada persembahan dan makan kek lapis cruise ni makan masa lebih kurang 3 jam. Tapi hari Jumaat tu ada promosi RM120 utk 4 orang. Separuh harga tu so kalau nak naik cruise tgg promosi la
Oleh sebb kami ramai khamis tu kami cuma naik River Taxi RM20 seorg. Perjalanan ambil masa dalam 1 jam lebih. Gambarnya kat kamera satu lg akan diupload kemudian...
Sebelum balik kami pegi lagi ke seberang Waterfront untuk beli Kek lapis Mira. Kami rasa lebih sedap berbanding kek lapis yang lagi satu...
Anak dara ummi ni suka berposing....
LAst tempat yang kami lawati Muzium...
Sebelum naik flight makan dulu lagi sekali kat Kopi O Corner
Pandangan dari airport Kuching
Berbeza tak masa datang dengan masa balik??? Pegi 35 kg balik... 60 kg
Pegi dan balik flight delay sejam...
Order online Nasi Beriyani... Ingat kalau nak tambah luggage beli online cuma RM25 utk 15 kg kat airport jadi RM75
Ni gambar yang Sara sempat snap dari dalam flight ketika matahari terbenam
Harap Acu seronok dengan percutian ini...
Secara keseluruhan boleh dikatakan ok jika ingin melawat Kuching, Sarawak. Ruginya kami pegi Selasa - Jumaat x dapat ke Pasar Satok dan Pasar Sarikin yang happening pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau nak melawat yang ok may b Kg Budaya (menurut mereka yg pernah pegi la). Kami x perg sebb pax besar RM60 sorang kang tak cukup nak shopping hhihi...
Antara barang2 yang kami beli lada hitam, beg2, keychain, fridge magnet,t shirt, Ikan terubuk, kek laspis (beli 10 biji balik sini tak cukup huhuhu), baju2 girls dan of course pasu (lampu tido). Yang best tu pegi Parkson (macam la kat KL x de Parkson) dapat 2 blouse sebab ku tak bawak baju cukup (mode saje2 nak beli baju baru). Tak banyak aktivti yang blh dibuat or tempat utk dilawati kalau shopping2 ok la....