Monday, February 28, 2011

Tersentuh jiwaku...

Semalam ki ke Giant Shah Alam. Sudah jadi kemestian kalau ke sana kami suami isteri suka membeli majalah terpakai. dan semalam ku telah beli Pa & Ma tahun 2009, 2008. Ada satu surat dari pembaca mengenai bercerai susu. Sedihnya menitis air mataku membaca catatan beliau yang berhiba sedih hati melepaskan susu dari anaknya.

Actualy Danial juga telah bercerai susu beberapa bulan yang lalu iaitu pertengahan Januari 2011. Ia terjadi bila ku alami alahan hingga dah x larat nak perah susu sedang bekalan susu memang x mencukupi untuk si comel ku. ketika ini memang sesi penyusuan tu agak berkurang kerana siang hari Danial suka makan macam2 so dia kenyang cuma malam hari mintak susu. Oleh kerana alahan yang teruk tapi x de la teruk sangt heheh, neneknya telah bawa Danial balik kg supaya aku dapat la uruskn diri sendiri. So dah 2 minggu dia berada di kampung dan alhamdulillah Danial x meragam kerana nenennya x de cuma biasa la dok ngan neneknya diberila minum susu coklat (fm) menggunakan cawan. Dalam 2 kali sehari.

Bila ku bawa Danial balik ke KL ku terus x bf sebb ku x nak cemarkan lagi emosinya jika terpaksa bercerai susu di kemudian hari. Dia x minta tapi bila ku berbaring bersama nya dia teringt dan cuba menyelak bajuku. tapi ku x kasi sebb x nak dia ingat balik. Betul la seperti kata pakar laktasi, kita jauhkan dari duduk diposisi yang biasa bila kita bf si comel itu. Beri makan pada nya time biasa dia bf. tapi jangan secara tiba2 kesian dia.  gantikn sesi bf dengan pelukan yg teramat tanda kita masih menyayanginya walaupun x bf itu yg penting.

memang adalah sesuatu saat yg menakjubkan bila bf anak. Jiwa kita dan si comel akan bersatu.... untk anak ku yg ke 4 ini akan kuteruskn sesi bf ini dengan lebih gemilang lagi. Doakan niat ku ini lebih berjaya dari kali ini...

0 comments:

Post a Comment