Friday, December 3, 2010


Allah memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu... Alhamdulillah... kami diberikan lagi anugerah yang tak ternilai ini.

Tapi di saat ini juga ku tak pasti nak announce atau tak... ku dah cuba maklumkan berita ini kepada beberapa insan, tapi tiada ucapan tahniah... tiada tanda2 mereka gembira menyambut berita ini sebaliknya seperti kecewa. Adakah berita kehamilan ku ini suatu yg menyusahkan?  Tak kunafikan anakku si comel Danial baru berumur 1 tahun setengah. dan nemang benar ku tak pernah merancang untuk hamil dalam masa trdekat ini. Ku cuba berjaga2 tapi itulah kehendahk Ilahi. Ku fikirkan sedang ada insan lain yang ternanti2 anugerah ini kenapa mesti ku menolak...

Jangan bimbang anakku Danial... Ummi takkan sekali kali abaikan Danial. Walau sesusah mana pun Ummi dan Papa akan tetap berusaha memberi yang terbaik untuk anak2 kami. Walau pun Ummi sedang hamil, Ummi takkan sekali kali berhenti menyusukan Danial sekelip mata. Slowly... Danial akan faham kan. Sekali pun Danial masih nak menyusu selepas menerima adik baru, Ummi akan belajar dan terus belajar tentang tandem nursing.

Saat ini hati ku hiba dan sedih bukan sebab ku perlu kendongkan seorang lagi baby tapi bila melihat reaksi orang lain tentang ku.. x pe la... biar la mereka tak gembira yang penting aku, suamiku, anak2ku gembira menerimanya... Darwish dan Sara nak baby boy lagi, hah??? kata diaorg baby boy comel....

5 comments:

Nadiah Sidek said...

salam.

saya mengandung anak ke-2 masa safiyyah setahun setengah (saya mmg plan begitu, alhamdulillah cepat lekat). takpe, by the time baby lahir, danial dah 2 tahun lebih. pada saya, ok dah jarak mcm tu :)

tahniah ye! moga baby sihat2 aje..

Naz Nur Nhazzla said...

ai cikgu..salam..tahniah saya ucapkan kepada cikgu..saya sentiasa teruja bila dgr berita pregnancy kengkawan.xkiralah dia anak yang ke berapa sekalipun..anak kita sebayalah kan nanti..saya pun mengandung waktu Rikazz setahun 6bulan.n mmg xbleh nak stop pun.smpi skang walaupun susu dah xda..rikazz tetap nene dgn saya

Shalimar Yusof said...

Syukurlah dgn anugerah....
Anak kn rezeki....
Pe2 pon..TAHNIAH erk...
...:)

NAI said...

nadiah, naz dan sakura... Thanks a lot coz mommies semua bagi semngt dan kekuatan padaku... Agakny hormon pregnant ni buatkn emosi ku tak stabil hehe tp bila baca comment dr mommies semua hatiku jd berbunga2... Doakan baby ni sempurna dan selamat sebb sebelum ni asyk wat aktiviti lasak je, first day cuti sek ari tu kemas2 rmh ku tukrkan semua susunan perabot angkt2 katil sorang2, gi facial (siap diaorg pesan kalau pregnt bgtau kot2 ada rawtn yg x sesuai kot), naik turun flight, siap g mangrov kt langkw dan harungi ombak besar... Semoga Allah lindungi kandungan ku ini.... amin

anon said...

salam kenalan,
biarlah apa reaksi org sekalipon... kita tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. bersyukurlah... sebab ada yang menunggu 5,6,7, tahun.. masih tak dapat2...
walaupun first time singgah ur blog... tolong tiup2 sikit kat saya nih...kot2la boleh berjangkit... :)

Post a Comment