Saturday, November 20, 2010

Ketika ku di baangku sekolah darjah 1- 3 ku sering mandapat tempat pertama dalam kelas. Ku juga mewakili sekolah dalam badminton dan hoki. Seronok dapat bermain. Waktu itu juga ibu ku nampak begitu gembira bila ku menjadi pelajar yang aktif dan dapat mengumpul piala dan medal. Hingga ke sekolah menengah ku mewakili sekolah dan daaerah dalam sukan badminton dan pernah wakili sekolah dalam acara tenis. Memang mak nampak begitu gembira dan tika itu ku x ambil tahu sangat tentang perasaan mak ku itu.

Tapi sekarang bila ku menjadi seorang ibu.... dari anakku di tadika dan sekarang tamat darjah satu, hati cukup berbunga2 bila anak menerima hadiah tika di hari sukan mahupun di hari penyampaian hadiah akademik. Baru lah sekarang ku mengerti betapa hebatnya perasaan seorang ibu. 15 Nov 2010 yg lalu, malam bertempat di Pusat Komuniti Tmn Koperasi Polis Fasa 2, ku melihat Darwish menerima hadiah sebagai salah seorang pelajar cemerlang dalam subjek Fardu Ain. Walaupun hanya mendapat no 6/11 dalam kelas ku tetap bahagia bila dapat juga Darwish bawa balik hadiah. Semua ini sebagai pemangkin buat dirinya sendiri juga adiknyaa Qaisara yang akan bersekolah tadika tahun hadapan. Dapat ku rasakan pasti hampa seorang ibu bilamana anak tidak mendapat apa2 hadiah sedangkan anak2 yg lain naik turun pentas. Mungkin di mulut si ibu berkata tak kisah... tapi di hati seorang ibu ni siapa yaang tahu???

Tapi ku percaya bukan satu perkara yanag mudah untuk mendidik anak hingga berjaya cemerlang. Walaupun ku seorang guru tetapi kurasa didikana itu banyak datangnya dari guru di sekolah yang membimbing mereka dari 8 am - 5 pm. Sedangkan diriku ini menghadap ank dari 5.30 - 9.30pm sudahnya si anak masuk tidur... Sabtu kekadang di sekolah ada aktiviti sekolah, mesyurat dan sebagainya. Tinggal lagi separuh sabtu dan ahaad yang mana si ibu ini perlu uruskan rumah sental sana sini, uruskan baju untuk iron, uruskan juga 2 anak yag lain... masa kualiti untuk anak macamana?

Ku harap kalau ada la mommies yg membaca entry ku ini sudilah kiranya berkongsi pengalaman mendidik anaak tak kira dari segi apa pun. Atau mungkin juga dapat tinggalkan aaddress blog supaya dapat ku dalami lagi ilmu parenting ini..

Sambung sedikit cerita tentang malam anugerah itu, rasa seronok dan terharu yang amat melihat anakku juga anak2 lain membuat persembahan dari year 1 - 6. HAti ku dapat tahan2 hingga mengalir juga air mata seronok melihat masing2 beraksi. Ada yang bernasyid, berlakon, coral speaking, tarian, fashion show dll... memang hebat cikgu2 CUIS melatih anak2 . Tahniah Ummi Noorliza dan cikgu2 yg lain. Kuiklan kan jugak la kat sini, anak2 yang ingin mantap dalam bidang agama juga akademik sangat la elok dihantar ke Cahaya Ummi Islamic School ini... Sekolah lain pun berjaya juga cuma ku beri salah satu cadangan jika ada mommies yang nak hantar anak ke sek rendah agama.

Di bawah ini kuselitkan sedikit gambar2 control macho anak sulungku ini...


Bersama kawan Nazim



 Persembahan Nasyid Demi Matahari

 
 Awish sedang menikmati makanan


Terima kasih anakku...


Persembahan istimewa dari Aris Ariwatan

KAt bawah ni gaya2 danial...




Posted honestly by,

2 comments:

Akma said...

erm....bile jadi seorang ibu baru tau ape prsaan IBU camane kan?nway my sis ni mmg seorang anak yg baik+pandai..hehehe...

ermmm yg pntg kite syg ank kt kan?mmg prsaan 2 terharu sgt tgk ank berjaye...aku lom ade pnglman..sbb skang afham still baby..hehe

NAI said...

x pe lang nanti kita share saama2 perasaan menjadi seorang ibu...

Post a Comment