Sunday, August 8, 2010

ibu susuan

Muhammad Fayyadh Afham - adik susuan Muhammad Danial Qays

sudah one year danial fully bf. dan sebagai mommy yg x bersusu bnyk ku tErPaksa carikn  danial seorang ibu susuan iaitu alang nya sendiri... tq alang kerana sudi memberi susu yg penuh khasiat itu kpd anakku... kala ini kU memang x rela anakku diberi FM, so di saat2 kecemasan ebm alang akan diberi pada danial. sekarang dengan rasminya danial dan alang, pak lang serta anak2 alang adalah muhrim. x sempt lg ku nk cari Info mengenai kelebihan ibu susuan ni. Krn sej nabi Muhammad sendiri yg mempunyai iBU susuan antara yg lama susukn beliau Halimatus sadiah & Suwaibatul Islamiah. Ibu nabi carikn ibu susuan sedangkn kambing peliharaan banyk utk diberikan susunya. JiKa ada kelapangn akn ku carikn info utk segala kebaikn ibu susuan ini... di bawah ini adalah hukum hakam mengenai ibu susuan...

Anak Susuan Dalam Hukum Haram Pernikahan

Apabila seorang perempuan menyusukan anak damit orang lain dengan air susu hasil daripada perkongsian perempuan itu dengan suaminya, maka jadilah anak itu sebagai anak susuan kepada keduanya. Dengan makna yang lain, mereka berdua menjadi ibu dan bapa susuan kepada anak damit itu. Adapun dalil dalam perkara ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha beliau berkata:

Maksudnya: "Sesungguhnya Aflah saudara Abi Al-Qu‘aisy meminta izin kepadaku (untuk masuk) setelah turunnya ayat Hijab, lalu aku berkata: "Demi Allah tidak aku mengizinkannya masuk sehinggalah aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana saudara Abi Al-Qu‘aisy bukanlah orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isteri Abi Al-Qu‘aisy."

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku maka aku berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya lelaki itu bukan orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isterinya (Abi Al-Qu‘aisy)."

Rasulullah bersabda: "Izinkanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu."

‘Urwah berkata: "Oleh kerana itu ‘Aisyah berkata: "Haramkanlah daripada sesusuan apa yang haram kerana nasab keturunan."

(Hadis riwayat Bukhari)

Oleh yang demikian menjadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. Untuk lebih jelasnya berikut disebutkan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak damit susuan itu:

i. Perempuan yang menyusukan
ii. Suami ibu susuan
iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
v. Adik beradik kepada ibu susuan
vi. Adik beradik kepada bapa susuan
vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
viii. Anak-anak kepada ibu susuan
ix. Anak-anak kepada bapa susuan

Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan, adalah anak damit yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya sehinggalah kebawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah.

Beberapa Permasalahan Perihal Radha‘ (Penyusuan)

i. Penyusuan Kanak-Kanak Yang Sudah Besar

Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada dua tahun qamariah (haulain), maka anak tersebut tidak lagi boleh disabitkan sebagai anak susuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

(Surah Al-Baqarah: 233)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Tidak ada hubungan susuan melainkan apa yang disusukan di dalam masa dua tahun (sebelum dua tahun)."

(Hadis dikeluarkan oleh Ad-Darquthni)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: "Tidak mengharamkan daripada penyusuan itu kecuali apa yang menyerap di dalam tali perut pada ketika menyusu dan penyusuan itu sebelum bercerai daripada menyusu."

(Hadis riwayat Tirmidzi)

ii. Penyusuan Anak Damit Melalui Botol, Gelas Dan Sebagainya

Di antara syarat penyusuan anak damit itu ialah sampainya air susu perempuan ke perut anak damit, sama ada terus menerus melalui hisapan payudara atau secara perahan yang diminumkan ke mulut atau dimasukkan ke hidung melalui gelas, botol, sudu atau sebagainya. Kesemua cara yang demikian itu, adalah dikira sebagai proses penyusuan yang mensabitkan anak damit tersebut sebagai anak susuan.

Adapun jika dimasukkan air susu itu melalui lubang atau rongga-rongga yang lain seperti telinga, mata, dubur, qubul atau melalui tempat luka, ia tidak mensabitkan anak damit itu sebagai anak susuan kerana air susu itu tidak sampai ke dalam perut anak damit dan ia tidak memberi pertumbuhan badan terhadap anak tersebut.

iii. Penyusuan Dengan Susu Yang Bercampur

Air susu yang bercampur dengan sesuatu sama ada ia cecair seperti air, atau sesuatu yang keras seperti makanan air susu itu lebih banyak seperti ada tanda zahir warna susu atau rasa atau pun baunya maka sabit hukum susuan walaupun hanya sebahagian air susu yang bercampur itu diminum oleh anak damit itu.

Manakala jika air susu itu sedikit daripada campuran yang lain, sama ada campuran itu yang halal atau haram seperti arak dan sebagainya sehingga menghilangkan ketiga-tiga sifatnya iaitu warna, rasa dan bau, mengikut qaul yang azhar adalah sabit hukum susuan jika diberi minum pada anak damit itu keseluruhan air susu yang bercampur tersebut. Ini kerana telah yakin akan sampainya ‘ain air susu itu ke dalam perut.

Adapun jika diminum hanya sebahagian air susu yang bercampur itu, mengikut qaul yang ashah adalah tidak sabit hukum anak susuan padanya kerana tidak yakin akan sampainya air susu itu ke dalam perut. Adapun jika jelas dan yakin bahawa lebihan campuran itu hanya tertinggal sedikit kadar susu yang dikuasai itu, maka sabitlah anak damit tersebut sebagai anak susuan. (Mughni Al-Muhtaj: 3/529, Raudah At-Thalibin: 9/4-5)

3 comments:

Cgu sakinah said...

salam..
syukran atas en3 yg bmanfaat, sya pun tengah cri hukum ni juga.
Alhamdulilah, wpun kdg2 ter"short" ebm, ebm kakak menyelamatkn keadaan.
skadar nak share pengisian dri HALAQAH TV9
mnurut Ust Jamnul Mulkan; budaya masyarakat arab yg membesarkn anak dgn mcmpurkan dua susu ibu ; ibu kandung + ibu susuan adalah utk menghasilkan anak yg cerdik. ini tlh terbukti scr saintifik. sejarah pn membuktikn masy arab satu ketika dulu hebat menguasai ilmu.. wallahualam..

NAI said...

Terima kasih cgu sakinah... sekurang2ny kta masih brsihkn perut anak kecil kita dari fM. semoga apa yg kita lakukn utk anak kita mendpt keberkatan dari Nya... Insya Allah dgn izinNya moga aak kita tergolong dlm cendekiawan2 yg cerdik pandai ... Amin. - Harap dpt share more info dgn Cgu Sakinah

Akma said...

cikgu nai...aiseh danial qays akan cerdik???hope adik susuannya si afham pon akn cerdik..insyAllah..hehehe..

ermmm aku sudi sumbangkan ebm pd danial sbb stok byk..alhmdllah..n klu x de..camane nk supply kan?hehe...so alhmdllah aku dpt 2 ank skaligus..hehe

ari 2 ketua jrrawat kt klinik dese cni bgtau..
FM mmg x brp elok utk bb..die bkn susu bese yg kt mnum...tp susu formula...fie mencampurkan pelbagai bhn...bkn skdr susu lmbu..utk dijadikan same lebey krg cam susu ibu..so mmg x elok tuk bb...sbb 2 khsiat die x byk....rsnye lps 2 thn..ank kt ley mnum susu bese cam nespray ke hape kan?utk lebey chat..no need the FM...

tq(^_^) hehe

Post a Comment