Monday, May 17, 2010

selamat hari guru

sambutan hari guru diadakan serentak di seluruh negara hari ini. Terima kasih kpd anak muridku han jie yang memberi hadiah peribadi buatku sebagai gurunya. Wpun ia hanya kalendar kertas buatan sendiri tp amat bermakna buatku. Dpt dirasakan keikhlasannya memberi. Hari ini hatiku tidak begitu berbunga menjadi seorang guru. Knp? Kerana masa kecilku ku memang puny cita2 tinggi utk bergelar cikgu, tp apa yg kuimpikan x sama dgn yang terjadi sekarang. Dunia pendidikan kini lebih berorientasikan peperiksaan. Sekolah hanya pentingkan peratusan lulus. Angka itu yg asyik dibincngkan samada naik atau turun. Guru2 yang bagus adalah guru yg dapat mengagak apa yg keluar dlm peperiksaan dan mengajar topik tersebut sahaja janji pelajar lulus.brp gred lulus skarg? Mana yang x masuk or dijangka tidak ada dalam soalan spm/pmr/stpm x perlu ajar. Ajar sebahagian sahaja... Aku x mahu menjadi guru seperti ini. Mungkin disebabkan ini pelajar cemerlg pmr x dpt kuasai tajuk2 spm dgn bags. Yang bgs spm x dpt cemerlang diperingkt universiti... Semuanya gara2 belajar kerana peperiksaan. Lain benar rasanya sewaktu ku di alam sekolah dulu. x pasti pulak bila keadaan ini akan berterusan. Ku lebih suka sistem dulu setiap pelajar perlu dpt bgs baru blh naik ke peringkt seterusnya. Tp kini bila pmr teruk pun dpt naik, spm pelajar yg amat lemah ni boring sangat nak belajar sebab apa pun x tau. Timbul la pulak masalah disiplin. Semua gara2 sistem yang kurasa x membantu membina seorang insan yg berkualiti. Aku terus berharap sistem pelajaran di sekolah akan pergi ke satu tahap yg sepatutnya. Guru hari ini perlu pandai menjual, perlu menjadi along, perlu pandai bertukang, perlu pandai kerja2 pengkeranian, dr sekecil benda hingga la yg rumit. Tp yang tercicir anak2 murid. Cikgu tiada persediaan mengajar yg bagus. Tiada lagi menggunakan alat bantu mengajar yg berkesan mahupun menggunaka teknologi. Guru x punya bnyk masa utk menanda kerja2 pelajar. Bukan ini yang ku rasa tugas guru. Bukan.... Dan aku x mahu menjadi seorang guru seperti ini. Ku mahu serapkan segala kemahiran yg perlu ada dlm menjadi seorang insan. Ku x mahu pelajar yang hanya sekadar mampu untuk lulus peperiksaan...

0 comments:

Post a Comment