You're very mean...
Al- Fatihah buat ibu saudaraku Gayah Andak. Khamis 8 Oktober 09, Ibu saudaraku (ma) telah dimasukkan ke wad kerana demam. pukul 7 pm alang kata dia masih boleh bercakap2 dengan arwah w/pun arwah memang nampak dah lemah. kira2 pukul 8 lebih hospital telefon bagitau ma dah tenat + koma. Lepas diaorang meninjau keadaan ma diaorang terpaksa balik kerana hujan lebat dan tidak boleh menunggu. tika itu ma telah dipindahkan ke wad ICU. Kira2 pukul 3 pagi hospital telefon lagi menyatakan arwah sudah tenat dan minta saudara mara datang melawat kerana tiada harapan. Paru2 arwah telah dijangkiti kuman, jantungnya bengkak dan tidak boleh mengepam darah. ubat2 telah dimasukkan secara maksimum namun masih tidak stabil. Kami anak beranak tak putus2 membacakan yasin dan mengajar arwah mengucap. Jumaat, 9 Oktober 09 lebih kurang pukul 10.30 pm arwah telah disahkan meninggal dunia. Tika itu mak dan alang ada di sisi arwah mengajar arwah mengucap. Semoga roh arwah dicucuri rahmat... Bila perkara ini berlaku dalam kehidupan kami, terasa sangat bahawa pentingnya ibu dalam hidup tidak boleh digambarkan dengan kata2. Semoga arwah tidak terkilan w/pun salah seorang anaknya tidak datang berjumpa dengannya. Buat mak, ayah, alang, ida dan boy. Semoga tabah dan penuh ikhlas menjaga anak yatim piatu Nain... semoga pahala dilimpahkan berlipat ganda buat korang.
0 comments:
Post a Comment