Friday, July 22, 2011

seperti ibu2 yang lain ku rasa kurang yakin untuk susukn baby sejurus selepas bersalin disebabkan beberapa kekangan seperti masih penat dan pastinya susu belum ada. memang ragu- ragu tapi kami dah buat keputusan untuk menyusu badan sepenuhny so sebaik sahaja baby lahir suami memaklumkn pada nurse bertugas. jika kita ingin suskan baby sepenuhnya nurse akan letak baby bersama dengan kita sepanjang masa.

Alhamdulillah babyku baik.... so dalam 5.30 pg kami balik semula ke wad 6 pagi 19 july bermula tugas penting ku sebagai ibu.... memulakan penyusuan badan! dengan keadaan yang selesa di wad ku susukan babyku walaupun begitu penat bertarung satu malam. memng penat dan mengantuk tetapi demi baby comelku ini kutekad untuk susukn sendiri sambil tersengguk2.

dari baby lahir dia memang rasakn air hikmat itu sahaja sepanjang hari. namun begitu ku yakin ada hikmahny knp susu badan masih tak keluar banyak. perut baby hanya sebesar kacang pea mana mungkin dia minum banyak.



sesampai di rumah nenek ku masih teruskn penyusuan badan hingga ke malam. tapi malam tu baby agak merengek menangis... nenek kata mungkin lapar dan tanya padaku samada nk bg formula ke tak? aku masih yakin kolostrum itu masih mampu mengenyangkan baby comel ku ini buktinya dia menangis kerana nak didodoikan diatas pangku... then tidi semula.

yes! hari kedua kolostrum semakin banyk dan pekat. nak masuk hari ketiga breastku penuh dan bengkak dengan susu tak seperti ketika lahirkan danial. mungkin kerana hari pertama baby comel ini telah merangsang tisu2 susu untuk aktif... harapanku selepas ini ku berjaya susui babyku sepenuhny hingga 2 tahun tanpa formula.

kawan2ku diluar sana yakinkanlah diri sendiri baby cukup dengan apa yang ada!!!! buktinya ku sendiri telah alaminya. jika kawan2 rasa ada kekangan untuk laksanakannya mari lah kita share sama2 agar anak2 kita membesar sihat dengan susu

Babyku di hari ke2 dan ke3





posted from Bloggeroid





Wednesday, July 20, 2011

babyku masih selesa di dalM perutku melintang menegak ketika mgg ke 38. untuk persediaan awal kami balik ke kuantan sabtu lalu. tiba jam 5 ptg di pusat rawatan keluRg muip (PRK) terus jump dokt malang nya baby ku masih dok melintang mungkin penat melalui perjalanan yang panjang... so dokt minta ku dtg blk isnin. sekirnya bByku sporting dok normal dokt akan induce ku jika sebalikny pembedahan perlu dilakukan.
Isnin 18 july 2011, langkah pertama check jantung baby dan contraction... alhamdulillh dua2 lulus. ada contraction so terus warded dan doktor induce walaupun jalan masih belum buka dan masih tebal. confirm lama ni detik hatiku... tapi oleh kerana begitu selesa dok kat PRK tu ku sempat tersenyum2 dok bergambar kat dalam wad tu hehe..
sori hubbyku excited nak beranak ku lupa nk bwk baju2 dan peralatan husbd terpaksa la hubbyku shoppng skit kat kedai bwh tu...
sepanjng menunggu tu contraction agak tinggi 2 minit sekali.. sehgg petang doktor tak blh tambah ubat induce sebb sakitku agak kerap kalau ditambah lagi dokt kata confirm aku tak tahan so dok la dlm wad tu dan sempat lagi ku makan burger seblm masuk labouroom... sedap...
kul 9. 30 mlm masuk labouroom of course ditemani suami tercinta yg memng setia menunggu. kesian cik abg ku penat dia nunggu dok atas kerusi tu sepjg mlm...

dokt maklumkan air ketuban masih belum blh dipecahkan sebb kedudukn baby masih tnggi. kena tgg dulu. x psti jam berapa air ketubn di pecahkan aku penat so ku mengiring tp tiba2 x rasa pulak contraction rupanya baby ku masih belum turun betul2 so x blh dok mengiring kena telentang je la... cek jalan baru 3 cm.. cek lagi 4 cm... cek lagi 6 cm... 7 cm... 8 cm... last2 aku ckp dh x tahan... nurse 3 orang+ doktor berjaya kuarkan babyku... fuhh lega teramat sgt. tepat jam 4.44 am ku lahirkan cahayamataku yg ke 4. so nice...
Tapi kali ni terasa benar doktor jahit... demi babyku dan segalanya selamat ku tetap bersyukur dan pengalamn sebegini x dapat dirasai oleh semua orang... syukur yg amat.
Kami memilih bilik yg sebenrny dikongsi 2 patient tp kami ambik satu bilik terus so ada 2 katil untuk my hubby dan diriku sendiri. bilik tu ratenya Rm 200 dgn toilet kt dlm. Selesa sangat. staff nurse semua baik2 dan mesra. Sakit pun rasa hilang. Siap basuhkan uri dan bungks tinggal tanam, dengan peraltan utk belah mulut baby juga disediakan, sunatkan baby girl ku sekali dalam RM1780... berbanding kat KL harga ni ku kira sangat2 berbaloi dgn servicenya. So ku suggest pd u all di Kuantan dan Kemaman supaya dtg bersalin di sini. Semuanya baru... sebb mereka mula beroperasi di bangunan baru dalam 2 bulan ini...













posted from Bloggeroid

Wednesday, July 13, 2011

last mondy was my father's birthdy.... tp ku terlambat wrap hadiah utk arwah ayah.... hr selasa baru antar... hrp2 bacaan ayt2 suci alquran tu sampai jgk utk ayah... we all miss u much ... masih menitik air mata bila meliht gambr2 kenangn bercuti bersama ayah...

Friday, July 8, 2011

dalam membilang hari untuk bersalin ni ku bilang sekali perkara2 yg masih belum settle... fuhh banyak lagi soalan ujian utk upper six, lower 6, kerja2 wahana, lathn pelajar yg belum semak, nak kejar syllabus dan bbrp lagi....

x aman jugak bila nk bercuti pjg ni... doj pikir lagi dgr cerita x de peruntukan untuk guru ganti maksudnya x de guru ganti... habis la pelajar2 tu nak trial nant. tapi bukan salah ku.... beberapa bulan yg lalu dah sound awal2 ku nak bercuti panjang selebh pihak yg di atas2 la pandai2 merancng pulak... kalau diikutkan ku punya year planning betul dah dengan momentum sekrg...

hai sush jgk dah ada pekeliling pun x leh apply jugk... ini la nasib seorang guru. ..

posted from Bloggeroid

Friday, July 1, 2011

Majlis Sukan Tahunan Semera 2011 dan Larian 1M1S1M diadakan pada 2 Julai 2011. kat bawah ni buku program Hari Sukan untuk rujukan dikemudian hari...

Buku program:
http://www.4shared.com/file/EZpg3W3d/BUKU_PROGRAM_SUKAN.html

Wednesday, June 8, 2011

Penang

This holiday kami ke Penang menyertai rombongan kawin pengantin sepupu Banu... Di Kedah. Stay satu mlm kat rumah Zurairi di Penang. Dan kami ambik peluang untuk stay satu mlm kat Batu Ferringi. Oleh kerana lambat booking bilik semua dah full house. Nak tak nak terpaksa dok kat homestay yg x de aircond. Berpeluh2 la satu mlm tu.. Dan paling kesian ni x de extra tilam so mr hubby terpaksa tidur di lantai je beralaskn selimut nipis... Anyway tq pd Zurairi yg menanggung penginapan kami....

Bagaimanapun x dpt ku nak post gambar wedding Banu kat sini sebb x bwk kamera. Ku hany sempat snap beberapa peristiwa dan tempt yg kami sempt kunjungi...






posted from Bloggeroid

Thursday, June 2, 2011



Jam 3 pagi Danial terbangun nangis... tak selesa clog nose. Kesian si kecilku ni, angin malam sejuk tingkap sedikit terbuka, dia tak suka selimut ... agaknya tu la sebab bila tidur malam je kena clog nose. Bila siang agak ok... 

Di kala kesejukkan itu ditambah lagi ngan mata yang dah x boleh tido ingatan ku terhadap arwah ayahanda yang telah pergi kira2 25 hari lalu menjelma. Manik2 jernih juga kian melebat. Rindu pada ayah yang telah banyak bersusah payah untuk kami. Bila kami anak beranak sudah dewasa kami kian closed to each other. Namun sisa2 kehidupannya dan peluang yang ada dulu kami gunakan. Kami berpeluang bawa ayah jalan2 kerana ayah memang suka holiday mungkin kerana selama beliau berkerja beliau terlalu penat tak sempat jalan2. Bila pencen inilah masanya....



Ku pandang suami yang nyenyak tidur... Bila ku bersedih begitu masih ada husband dan anak2 di sisi. Bagaimana agaknya bondaku yang tiba2 terjaga malam tanpa teman di sisi.... Kuharap mak cukup kuat dan tabah mengharungi dugaan yang maha berat ini. Memang tiada persediaan melaluinya kerana ayah pergi tiba2 tanpa tanda. Mak rasa ralat kerana tak dapat nak mohon maaf dari ayah. Tapi bagiku gaduh2 manja sudah menjadi adat dlm rumah tangga dan ku cukup pasti ayah tak kan ambil hati. Arwah ayah seorang yang cukup mudah memaafkan orang.... dan semoga segala amalan mulia ayah akan membawa kedamaian ayah di sana di samping orang2 yang beriman. Kami di sini jua tak kan putus2 mengirimkan ayat2 suci al quran untuk ayah... Sebelum menyambung tidur, tidur ku kirimkan lagi al Fatihah untuk arwah ayahanda tercinta...





TIADA LAGI KIDUNGMU...


Air mata yang berderai

Siapa yang menghapuskan

Hati kering dan gersang

Siapa yang meneduhkan

Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang

Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian yang kian
Mencengkam jiwaku

Malam malam dingin membeku
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu
Cintaku... Oh sayang
Damailah kau di sana
Di sisi Tuhan yang Esa



Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu 

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

( korus )
Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...


Sudirman

Pelangi Petang 

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Wednesday, June 1, 2011

Just try post entry ke blog guna galaxy ni... Tgk ok x...

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 24, 2011

Mei 2011 kurasakan begitu cepat berlalu... berbagai peristiwa suka duka pahit manis berlaku. Sebagai diary mei ku catatkan di sini apa yg berlaku...

_________________________________________________________

adik k lina kawin
banu kawin 
________________________________________________________

danial sakit mata
papa sakit mata
sara demam panas semnggu
aku  sakit mata
sara sakit mata

Mummy pesan baca selawat Tib dan sapu kat mata. kalau ada air zam zam titiskan kat mata...

Shalawat Syifa’ (Tibil Qulub)

sumber:http://orgawam.wordpress.com/2008/12/29/shalawat-syifa-tibil-qulub/

Posted by orgawam pada Desember 29, 2008

tibil-qulub

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad saw, yang dengan berkat baginda, Engkau menyembuhkan hati, menjadi penawar dan menyehatkan tubuh juga memberi kesembuhan penyakit, serta mengurniakan cahaya penglihatan. Dan karuniakanlah rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda Nabi saw.

______________________________________________________


6 mei : dpt wish (tapi apa yg dijanji x dapat semua - no skirting no gps, dvd player also rosak baru tyr pakai sekali)
24 mei: ku terima gj baru dan tunggkn

___________________________________________________

7 mei: ayahanda kesayangan pergi mengadap Ilahi

___________________________________________________
papa dpt mc 4 hr dan bercuti pjg 7 hr bekerja 
aku dpt mc 2 hr

_____________________________________________________
 


10 mei: birthdy ku (dh dpt  hadiah dr papa - awal)
10 mei : birthdy ku (ce de bg hadiah)
10 mei: birthdy ce de (aku x bg apa2)
16 mei: hari guru
21 mei: birthdy alang (aku x bg apa2)
24 mei: birthdy sara 
25 Mei: mummy start cuti dan bersara... Happy retirement


____________________________________________________


ku geselkn kereta eena (terbang 150)
iphone4 kesygn papa terbang entah ke mana...

___________________________________________________


Tuesday, May 10, 2011

Sekarang kami dalam perjalanan balik ke KL setelah cuti tanpa rekod 3 hari dan cuti rehat khas 1 hari. Namun cuti itu masih tidak mencukupi untuk kami adik beradik menguruskan pelbagai hal termasuk untuk semak hutang dan apa2 berkaitan dengan arwah ayah. Kami dah dapat wish yg kami tempah. Namun x mampu buat kami gembira kerana ia mengingatkan kami kepada arwah. Sebelum dapat wish ni ayah lah yang x putus2 bertanya dah dapat le belum. Selanh beberapa hari paati ayah bertanya lagi. Kami dapat wish pada jumaat 6 mei ptg namun 7 mei pagi ayah telah tiada... Tapi masih rasa sejuk hati kerana kami pernah bawa ayah ke showroom utk tgk2 wish ini sebelum proses berkaitan selesai. Apapun ku perlu tabah dari memikirkannya...

Beberapa ketika teringat pula pada kata2 seorang guru lelaki berbangsa cina time marking paper Spm...Cikgu tersebut ulang2 nasihat yg sama padaku. Katanya Bila ibubapa kita sudah tua mereka x hrapkan sangat duit dan harta benda dari anaknya. Apa yang diharapkan oleh mereka masa yg diluangkan untuk mereka. Kawan2 ku selagi masih ada waktu spend ur time dgn ibubapa sambil mendengar apa yg mereka kata just dengar dan layan itu boleh buar hati mereka bahagia. Buat adikku alang dan ce de u all bertuah dapat berada di samping ayah mak hingga hujung nyawa ayah. Terima kasih juga kerana sudi berkorban kerjaya dan life u all semata2 untuk jaga mak ayah terima kasih adik iparku daus yang sudi jaga ibu dan bapa mertua. Jagalah mak dgn baik ye... Angah percaya lang rezeki korang akan ada satu hari nant bila menjaga mak ayah sepenuh hati. Tabahkan hati ye alang...

Hari ini hari lahirku yang ke 32. Terima kasih pada saudaraku yang wish birthday dan nyanyikan ucap selamat padaku. Kami masih diselubungi rasa kehilangan. Maka tahun ini tiada sambutan hari lahirku dan ida juga bakal datang alang. Sayu hAti bila terkenang sms yang kuterima saban tahun dari ayahanda tercinta. Tahun ini dan seterusnya tiada lagi kiriman istimewa itu singgah di telefonku. Apapun ku harus redha kerana tiap yang hidup pasti akan kembali ke sisi Yang Maha Kuasa. Kami semua rindukan arwah ayahanda. Hanya doa dan bacaan ayat2 suci al Quran yang boleh kami hadiahkan buat ayahanda tercinta. Moga kirimam ini sampai untuk arwah. Ya Allah cucurilah rahmat ke atas arwH ayahanda tercinta.


Gambar arwah ayah masa muda. Sekadar buat kenangan pada anak cucu di kemudian hari...





Di hari pengkebumian arwah ayah... mak menyiram pusara ayah

Sunday, May 8, 2011

Tanggal 7 Mac 2011... Hari ini hari ibu. Mak dikejutkan dengan pemergian ayahanda tercinta di hening pagi. Ayah, mak, alang,atak dan mira ke karnival usahawan di Kenyir. Menurut mak dua tiga hari sebelumnya ayah beria-ia nak buka gerai kat sana. Jumaat mereka mula berniaga. Ayah bawa cucunya berjalan- jalan di karnival. Malam seperti biasa lepas solat Isyak ayah baring tapi ayah memilih untuk tidur di sofa di ruang tamu panas katanya sedang mak tidur di bilik. Ayah tak de pula mengadu sakit dada cuma berjalan naik turun bukit beliau kelihatan semput sebab ayah memang ada masalah jantung. Tapi mereka semua memang tidak syaki sesuatu yang luar biasa dan ayah memang x nampak seperti sakit. Cuma mak kata arwah dengkur lebih kuat dari biasa. Subuh yang hening mak kejutkan ayah untuk solat subuh tapi x de respon. Lantas mak goncangkan badan ayah tapi ayah kaku. Tubuh badan atah sangat sejuk mak tak terkata kerana ayah dalam position tidur mengiring seperti biasa. Mata dan mulut juga tertutup rapat seolah- olah sedang tidur nyenyak. Mak segera panggil alang. Alang goncang lagi badan ayah tapi badan ayah dah keras. Dengan tangis hiba alang hubungi kami adik beradik. Alang panik tak tahu nk buat apa. Alhamdulillah homestay mereka duduki hampir dengan rumah besan mak. Arwah seolah- olah memilih tempat yang tepat untuk pergi. Segala urusan surat mati, memandikan, mengafankan berjalan dengan lancar, mudah dan cepat. Tahfiz- tahfiz dari sekolah pondok membacakan ayat-ayat suci alquran sepanjang jenazah berada di sana. Dari homestay ke rumah besan naiki ambulans. Dari rumah besan mak ke rumah naiki van jenazah ketengah. Terima kasih padacsemua pihak yg membantu uruskn segala proses. Hati ini cukup berdebar bila jenazah sampai lebih kurang jam 2.30 ptg. Bila kain kapan dibuka jelas wajah arwah ayah kelihatan tersenyum. Lembut sekali wajah ayah tika itu... Tapi ku rasa seperti x percaya yg jenazah itu adalah ayahanda ku tercinta. Namun ku dan keluarga tetap redha dgn takdirNya. Pemergian arwah juga kulihat dalam keadaan tenang. Ya Allah cucurilah rahmAt ke atas ayahandaku tercinta...

Sunday, March 20, 2011

cuti sekolah hampir berlalu. esok dah kena ke sekolah seperti biasa. hmmm apa yg hendk ku bw supya rasa semngt skit nk gi seklh??? alhamdulillah cuti sek kali ni hubbyku ambik cuti sehgg rabu. lama juga la kami berkg di ceneh. seronok dpt jump adik beradik ank sedara. dan yg paling best dpt mkn yg mak msk org lain msk sampai ku tngg je dgn perut boyot ku ini tiap kali wakt mkn tanpa memegang senduk dan kuali (x msk la tu)... tapi bila balik ke KL ku sepert kehilangn selera mknku, either husbd bungks kn breakfast or ku masak sendiri rasa x sedap... patut la berat ku naik skit je dr bulan lepas. teringt plak kt baby dalam perutku ini yg seberat 435 g... comel betul! tetapi seleraku ini biasany up skit bila mkn di kantin bersama rakan2 ceriaku... ini la semngt yg akan ku bawa ke sekolh isnin ni hahaha... sebenarny entry kali ini ingin ku catatkn mengenai kepayahanku hamil kali INI. bukn dari segi bnyk tugas or kerj rmh yg perlu dibereskn sebab skrg ku dh ada pembantu rumah (tq siti) tetapi memikirkn kerenah my daughter secnd child ni. waktu dia berusia 3 tahun baik pekertinya... Sekali Cakap je Dia mendengar kata tapi sekarang asyik mengamuk je.... OLEH KERANA KUTIDAK SEMPAT SIAPKAN ENTRY INI SO AKAN KU SAMBUNG LG ENTRY MENGENAI MENGURUSKN ANAK2 DLM NEXT ENTRY

Tuesday, March 8, 2011

ni copy dari: http://sweetstory.yuitsumuni.com/2009/03/urutan-melancarkan-aliran-air-susu-ibu/




bolehlah cuba bila dah ada baby nanti. 


Tahniah juga buat rakanku Kak Linda yg baru timang baby boy 2 mac 2011. Iman Haziq..

Monday, February 28, 2011

Semalam ki ke Giant Shah Alam. Sudah jadi kemestian kalau ke sana kami suami isteri suka membeli majalah terpakai. dan semalam ku telah beli Pa & Ma tahun 2009, 2008. Ada satu surat dari pembaca mengenai bercerai susu. Sedihnya menitis air mataku membaca catatan beliau yang berhiba sedih hati melepaskan susu dari anaknya.

Actualy Danial juga telah bercerai susu beberapa bulan yang lalu iaitu pertengahan Januari 2011. Ia terjadi bila ku alami alahan hingga dah x larat nak perah susu sedang bekalan susu memang x mencukupi untuk si comel ku. ketika ini memang sesi penyusuan tu agak berkurang kerana siang hari Danial suka makan macam2 so dia kenyang cuma malam hari mintak susu. Oleh kerana alahan yang teruk tapi x de la teruk sangt heheh, neneknya telah bawa Danial balik kg supaya aku dapat la uruskn diri sendiri. So dah 2 minggu dia berada di kampung dan alhamdulillah Danial x meragam kerana nenennya x de cuma biasa la dok ngan neneknya diberila minum susu coklat (fm) menggunakan cawan. Dalam 2 kali sehari.

Bila ku bawa Danial balik ke KL ku terus x bf sebb ku x nak cemarkan lagi emosinya jika terpaksa bercerai susu di kemudian hari. Dia x minta tapi bila ku berbaring bersama nya dia teringt dan cuba menyelak bajuku. tapi ku x kasi sebb x nak dia ingat balik. Betul la seperti kata pakar laktasi, kita jauhkan dari duduk diposisi yang biasa bila kita bf si comel itu. Beri makan pada nya time biasa dia bf. tapi jangan secara tiba2 kesian dia.  gantikn sesi bf dengan pelukan yg teramat tanda kita masih menyayanginya walaupun x bf itu yg penting.

memang adalah sesuatu saat yg menakjubkan bila bf anak. Jiwa kita dan si comel akan bersatu.... untk anak ku yg ke 4 ini akan kuteruskn sesi bf ini dengan lebih gemilang lagi. Doakan niat ku ini lebih berjaya dari kali ini...


The winner of this giveaway goes to.....

Aerishadania
Damia ayuunie
Aiman Naqeeb
Iqbal Danish Faaris

Hadiah khas: Muzatul Liyana Balqis (11bln)
Peserta pertama GA ni...

Anyway terima kasih banyak2 pada peserta lain yang join this contest. Terima kasih atas sokongan anda semua. Pada anak2 yg kiut miut .... selamat menyertai contest or GA yang lain pulak....

Pada yang dah menang harap emailkan address to nkab@yahoo.com utk urusan pengeposan hadiah yg x seberapa ni....



Posted honestly by,


Thursday, January 27, 2011

Dah lama ku x update blog ku ini....
Malah ada 46 comments yg ku perlu moderate.
Mohon maaf pada mommies atas ketaklaratan ku ini.
Hadiah sudah tersedia untuk si comel semua yg bertuah yg menyertai GA yg kuanjurkan pada bulan2 lalu.
Tapi alahan yg ku alami menyebabkan ku langsung x sentuh komputer mahupun buka internet. Oleh itu ku ingin mewarwarkan bahawa ku masih menanti saat tubuh badanku ini kembali normal. pada mommies semua akan ku update jua penyertaan anak2 mommies itu tapi lambat sikit ye... hari ni ada la sikit kelaratan dan mohon ia akan terus berlanjutan hingga ku ada kudrat utk update semua entries mommies... harap bersabar ye. Janji ku akan ku kotakan jua suatu saat yg kusendiri ternanti2 bila la agaknya....

Tuesday, January 11, 2011

Salam mommies semua...
Kumohon Maaf pd mommies seebab velum update penuertaan mommies.. Skrg kualami alahan so x dot berblog. Apapun ku akn update Jgk suatu hari nant jgn bimbg ye

Thursday, January 6, 2011

(Sticky Mode Entry, for new post pls scroll down)

.
Syarat-syarat untuk sertai contest ini:


Anda mestilah menjadi FOLLOWER blog ini.

Penyertaan adalah untuk bayi/kanak-kanak yang berusia seawal 1 bulan - 3 thn.

Buat satu entry mengenai contest ini beserta satu keping gambar bayi/kanak-kanak tersebut sedang bermain serta tuliskan sedikit penerangan mengenai gambar tersebut.

Tuliskan juga info seperti di bawah :

                               Nama penuh bayi/kanak-kanak
                               D.O.B dan umur

Letakkan LINK ENTRY PERTANDINGAN  http://nkab.blogspot.com/2010/11/have-fun-first-giveaway.html   di dalam entry penyertaan anda.

Letakkan BANNER  CONTEST (seperti di atas) di dalam ENTRY PENYERTAAN dan di bahagian SIDEBAR blog anda dengan linknya ke blog ini.  


Lastly tinggalkan  LINK ENTRY PENYERTAAN anda di bahagian COMMENT  kat bawah entry ini ya…

Tarikh tutup pertandingan ialah pada : 6 Januari 2011, Sabtu jam 12.00 tengah malam.






 NI contoh entry contest:


Muhammad Danial Qays bergaya dengan basikal di samping kakaknya, Nur Danisha Qaisara
Danial lahir pada 21 Jun 2009
1 tahun 5 bulan


Siapakah si comel lote ni? Muhammad Fayyadh Afham, anak saudaraku yang control hensem dengan playgymnya...

Walaupun x mahal namun ku tetap ingin berikan sesuatu buat 3 peserta yang terpilih iaitu WARMER seperti di bawah. Bagaimanapun jika lebih penyertaan mungkin bolehlah ku memilih lebih sikit peserta (may be lain hadiah).


 contoh baby yg pakai warmer




LAstly.... selamat berkenalan dan selamat menyertai giveaway ini..


Update:
Untuk senarai peserta boleh semak di bawah. kalau nama mummy x tersenarai comment kat Nai balik ye...
http://nkab.blogspot.com/2010/11/peserta-have-fun-first-giveaway.html
*** 28 Nov - 2 Dis ku pergi bercuti so ku tak dapat update nama peserta GA, so after come back dari holiday Nai update ok...
 

Posted honestly by,

;;