Thursday, July 26, 2018


Doa sepiku ini

Dihiasi bunga cempaka
Mengiringi kembara mu
Cinta yang asli
Oh kekasih ku
Kerinduan bersama masih bermain di jiwa
Engkau tetap ku cintai
Namun rembulan tak mungkin berkembar siang
Di tepi ku kenangan silam
Mengusik-usik naluri ini
Di depan ku hidup yang tanpa mu
Kau kekasih nya pencinta yang abadi
Oh Pencinta abadi
Hangat jemari mu telah digantikan
Dingin salju dan air mata
Yang kian lenyap dan terbenam
Kerana syurga yang kita idamkan
Kita terpisah di dalam igauan
Engkau hampiri aku yang tertinggal menantikan
Saat-saat bersama mu

Noor Karyati binti Abu Bakar | 1974 - 2018

23 Julai 18, Along warded - doktor adviced our family supaya Along tak dibawa ke mana2 samada ke Kubang Kerian atau Putrajaya.  Reason because she was weak , very weak. Tiap satu kenyataan doktor seperti tidak membawa satu harapan pun utk kakak kesayangan ku sembuh kembali. Namun kami tetap yakin unruk terus berdoa. 

24 Julai 18 , keadaan Along semakin lemah. Berbantukan oksigen Along terus berjuang melawan sel-sel kanser yg telah penuh merebak ke peparu, memamah tulang temulangnya hingga reput tulang belakang, tulang paha, tulang leher. Kami sangat kagum dengan Along semangatnya sangat kuat melawan kesakitan yang amat tanpa sebarang pil tahan sakit ketika berada di rumah. Doktor juga terkejut kerana dlm keadaan begitu doktor berikan mophin yang paling kuat untuknya. Namun tubuh Along cukup lemah untuk terus bertahan. 

Jam 2.55 ptg terima mesej dari Acu buat kami rasa terkedu dan sangat tak percaya... serius? Macam mimpi



Doktor kabo cel cancer abis merebak dh ke paru2 &  tulang.. N tulang along dh start hancur.. - Acu” 

“Doktor  kabo die akan teruskan bgi ubat tahan sakit.. Doc kabo klu tibe2 jantung along terhenti mmg doc x wat bnda2 dh.. Sbb doc tnya tdi nk bntuan pernafasan(yg tekan dada tu &  tube) klu jantung tibe2 berhenti patu kite kabo xyoh lah takot seksa pesakit.. - Acu”

“husna kbo DIL - Aiman” apa tu? Sempat ku google maksdnya dan temui catatan seorang doktor buat hatiku saaaaangat sayu






Doc kabo jantung ok.. Cuma paru2 along teruk dh.. Sel cencer merebak ke paru2 -Acu”  

Doktor kabo gtu lah tdi.. Blh dh nk panggil sdera mara mri.. Walau pom bkan waktu melawat doktor sruh naik jer kabo ke guard doktor sruh naik.. - Acu”

“Aq dengor penjelasan 2 3 org doktor tdi mmg dirong nk kabo yg along xdop harapan dh tpi dirang x smpai hati nk kabo.- Acu”

Rasa macam tak percaya mesej dari Acu. Betul ke Acu? Berkali- kali kami bls textnya...

Namun kami harus redha Alla maha mengetahui yang terbaik buat Along.. sudah agak lama dirinya terbaring lesu. Selepas raya Aidilfitri Along start dalam keadaan lemah amat lemah even utk bercakap pun sangat lemah... makan minum pun hanya seteguk... sangat perit ujian buatnya. Hidupnya yg penuh berliku buat aku kagum dgn ketabahannya. 

Kawan-kawan dan saudara mara tak putus datang menjenguk... dan Along terima tetamu terakhirnya jam 1.30 pagi... kami. Rupanya mama Aiman menunggu ketibaan anaknya Aiman. Sepanjang Isnin Aiman sudah bersama mamanya kembali ke Putrajaya meneruskan tugas Selasa pagi dan bergegas balik semula petang Selasa. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya buat Along. 

25 Julai 18, Jam 2.01 pagi, Along pergi, menghembus nafas terakhirnya dengan tenang di sisi suami tercinta, anak-anak, ibu kesayangan dan adik-adik. Kami redha dengan pemergianmu Along. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu dan meminjamkan kepada kami untuk 44 tahun. 

Kami amat kagum dengan semangat mu Along. Dari dulu hingga sekarang amat berat dugaan yang engkau hadapi. Semoga Allah melimpahkan rahmat yang melimpah ruah untuk mu atas kesabaranmu menghadapi tiap ujian dengan tenang. Arwah Along pernah kehilangan orang yang disayangi mulai dengan anak sulong yang lahir tanpa tangisan. Anak sulongnya disimpan di sana di sisi pencipta. Sewaktu usia putera 1-2 tahun, Allah lebih dulu menjemput suami kesayangan nya... Beratnya ujian yang engkau tanggung duhai kakak kesayanganku. 

Along pernah kata, yang lahir bulan Mei pandai. Arwah nak sangat anaknya lahir di bulan Mei. Akhirnya Allah makbulkn doanya puteri bongsunya lahir pada bulan Mei dan cerdik orangnya. Arwah rajin mengaji untuk anakandanya supaya anakandanya bijak pandai.

...luahan hati dari abg Din 
Rasa terkilan sebab dia pergi masa usia muda dan banyak menanggung derita sehingga nafas terakhir berada dalam keadaan sakit kritikal. Setiap hari aku teringat kat dia dan sedekahkan Al-Fatihah. Dari kecik sampai besar aku main dengan dia, sama2 jalan kaki gi sekolah rendah, sampai sekolah menengah pun satu sekolah, selalu jumpa dia dan kawan2 dia. Dulu masa aku susah, along rajin tolong aku. Dia sorang je yg percaya bila aku nak pinjam duit. So kerap jugak aku berhutang dengan dia dulu... 
*Al-Fatihah buat Along*
Sakit itu kifarah dosa yang menggugurkan dosa2.  Semoga Allah hapuskan segala dosa2 Along. 😭


Saturday, July 14, 2018

;;