Saturday, September 4, 2010

hari  kedua n ke3 berpuasa di siang hari dptku rasakan B ku seperti x bersusu... anak ku tersyg danial pun marah2 susu x laju. time tu dgn sedihny rasa cm nak buka puasa dan minum air bnyk2... tapi sayang dan rasa berslh pulak kalau x puasa... jd kukuatkn semngt berpuasa dan pujuk2 danial bg mkn bubur banyak2 x lupa terus berdoa moga allah permudhkan my bf journey. dgn keyakinan ku yg allah akan mudahkn segala ny utk ibu bf, hari ke4 ku period... so may be disebabkn ku nak period campur kurang air susu ku merudum time tu... bila period bolah la ku minum bnyk2 tanpa rasa bersalah. dan after that susu kembali normal tp ketbhan ku memng truji sebb susuku memang x banyak. bila pam sehari campur2 baru dapat sebotol ebm utk danial. skrg berbekalkan susu ebm alang...  stok dh hampir habis mau nangis kalau keadaannya sama nant... cuti sek ni ku perlu giatkn usaha utk kumpul ebm... nant on hari raya, on ce de's wedding sure x sempat pam tapi itu la masalahny, kalau x pump mest susu ku kan jd teramattt kurang. so ku perlu berdisiplin tinggi... anakku tido skrg so have to stop blogging utk pam susu hehee

Sunday, August 22, 2010

kereta danial - dari Toys store


dah agak lama ku tidk update blog ku ini. lately ku lebih suka membaca blog org lain. no mood utk menulis. tapi dek kerana terlalu lama x buka entry baru rindu pulak. May be boleh ku story skit kat sini about danial qays yg x suka mengempeng ngan umminya. Biasanya baby lain akan kejar mak2 diaorg bila balik dari kerja utk menyusu danial ni lain plak kes nya. payah betul nak suh bf. dan my son ni jenis yang x sabar skit. kalau nyusu tu nak terus kuar susu ...kalau x ngamuk2, dah kenyang stop terus x de nak menyonyot sampai pagi.. sebab tu la ku rasa susuku ini tak meriah. untuk ibu2 yng facing same problem cam ku ni memang kita perlu cari teknik2 yg blh bantu baby kita menyusu dgn happy...

Antaranya:

- make sure dlm 2 jam sebelm baby nyusu kita jgn pam dulu, dah siap menyusu baru kita pam.
- kalau susu lambt kuar kita try la massage nipple utk cetuskn let down reflect... then baru nyusu or boleh
  gak sambil menyusu sambil massage nipple. so bila baby suck susu  kuar terus.
- mommies kena bnyk sbar la dan cuba la amalkn apa2 supplement tp x semua org sesuai dgn
  sesuatu supplement tu try n test la...

kalau mommies lain ada nak tambah lain2 teknik silakan... i need to share to improve my BM

Harraz


Muhammah Hamizan Harraz - New Baby of Shahruddin and Fiza...

29 july 2010 dgn rasminya ktm train beroperasi sambungn dr sentul ke pelbhn klang. apa lg kami test la, rupanya bkn kami anak berank je yg test pn ayeesa banu dh standby tunggu train utk ke sogo. asimah n family baru je patah balik dr kl sentral. kami nk ke mid valley nk lunch je hehe. dek kerana excited mr papa belasah naik koc wanita. sebenrnya kami tahu kewujudnnya tp terlupa bila kt dlm koc baru nampk sticker. rupanya ada jugk lelaki lain yg masuk koc tu selain mr papa. sampai kl sentral kami transit ke mid valley... mak oii ramainya manusia especially muda2 remeja. fuhhh penat betul sebb nk kena berjln ats jmbtn tu ke mid valley. rasanya x nk dah gi mid valley ngan anak2 naik train lenguh2 kaki sambil peluk danial. aku tgk ramai jgk penduduk sekitar bt permai ni naik dr stesen kg batu ke sentul or bt caves then blj semula sebb 7 hari ni percuma laluan ke sentul- bt caves. awish x dpt ikut kami kerana ada program lapes kt sekolah. sara sangat excited. ni di gambar2 sepjg journey tu yg sempat kami snap

Sunday, August 8, 2010

ibu susuan

Muhammad Fayyadh Afham - adik susuan Muhammad Danial Qays

sudah one year danial fully bf. dan sebagai mommy yg x bersusu bnyk ku tErPaksa carikn  danial seorang ibu susuan iaitu alang nya sendiri... tq alang kerana sudi memberi susu yg penuh khasiat itu kpd anakku... kala ini kU memang x rela anakku diberi FM, so di saat2 kecemasan ebm alang akan diberi pada danial. sekarang dengan rasminya danial dan alang, pak lang serta anak2 alang adalah muhrim. x sempt lg ku nk cari Info mengenai kelebihan ibu susuan ni. Krn sej nabi Muhammad sendiri yg mempunyai iBU susuan antara yg lama susukn beliau Halimatus sadiah & Suwaibatul Islamiah. Ibu nabi carikn ibu susuan sedangkn kambing peliharaan banyk utk diberikan susunya. JiKa ada kelapangn akn ku carikn info utk segala kebaikn ibu susuan ini... di bawah ini adalah hukum hakam mengenai ibu susuan...

Anak Susuan Dalam Hukum Haram Pernikahan

Apabila seorang perempuan menyusukan anak damit orang lain dengan air susu hasil daripada perkongsian perempuan itu dengan suaminya, maka jadilah anak itu sebagai anak susuan kepada keduanya. Dengan makna yang lain, mereka berdua menjadi ibu dan bapa susuan kepada anak damit itu. Adapun dalil dalam perkara ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha beliau berkata:

Maksudnya: "Sesungguhnya Aflah saudara Abi Al-Qu‘aisy meminta izin kepadaku (untuk masuk) setelah turunnya ayat Hijab, lalu aku berkata: "Demi Allah tidak aku mengizinkannya masuk sehinggalah aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana saudara Abi Al-Qu‘aisy bukanlah orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isteri Abi Al-Qu‘aisy."

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku maka aku berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya lelaki itu bukan orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isterinya (Abi Al-Qu‘aisy)."

Rasulullah bersabda: "Izinkanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu."

‘Urwah berkata: "Oleh kerana itu ‘Aisyah berkata: "Haramkanlah daripada sesusuan apa yang haram kerana nasab keturunan."

(Hadis riwayat Bukhari)

Oleh yang demikian menjadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. Untuk lebih jelasnya berikut disebutkan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak damit susuan itu:

i. Perempuan yang menyusukan
ii. Suami ibu susuan
iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
v. Adik beradik kepada ibu susuan
vi. Adik beradik kepada bapa susuan
vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
viii. Anak-anak kepada ibu susuan
ix. Anak-anak kepada bapa susuan

Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan, adalah anak damit yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya sehinggalah kebawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah.

Beberapa Permasalahan Perihal Radha‘ (Penyusuan)

i. Penyusuan Kanak-Kanak Yang Sudah Besar

Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada dua tahun qamariah (haulain), maka anak tersebut tidak lagi boleh disabitkan sebagai anak susuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

(Surah Al-Baqarah: 233)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Tidak ada hubungan susuan melainkan apa yang disusukan di dalam masa dua tahun (sebelum dua tahun)."

(Hadis dikeluarkan oleh Ad-Darquthni)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: "Tidak mengharamkan daripada penyusuan itu kecuali apa yang menyerap di dalam tali perut pada ketika menyusu dan penyusuan itu sebelum bercerai daripada menyusu."

(Hadis riwayat Tirmidzi)

ii. Penyusuan Anak Damit Melalui Botol, Gelas Dan Sebagainya

Di antara syarat penyusuan anak damit itu ialah sampainya air susu perempuan ke perut anak damit, sama ada terus menerus melalui hisapan payudara atau secara perahan yang diminumkan ke mulut atau dimasukkan ke hidung melalui gelas, botol, sudu atau sebagainya. Kesemua cara yang demikian itu, adalah dikira sebagai proses penyusuan yang mensabitkan anak damit tersebut sebagai anak susuan.

Adapun jika dimasukkan air susu itu melalui lubang atau rongga-rongga yang lain seperti telinga, mata, dubur, qubul atau melalui tempat luka, ia tidak mensabitkan anak damit itu sebagai anak susuan kerana air susu itu tidak sampai ke dalam perut anak damit dan ia tidak memberi pertumbuhan badan terhadap anak tersebut.

iii. Penyusuan Dengan Susu Yang Bercampur

Air susu yang bercampur dengan sesuatu sama ada ia cecair seperti air, atau sesuatu yang keras seperti makanan air susu itu lebih banyak seperti ada tanda zahir warna susu atau rasa atau pun baunya maka sabit hukum susuan walaupun hanya sebahagian air susu yang bercampur itu diminum oleh anak damit itu.

Manakala jika air susu itu sedikit daripada campuran yang lain, sama ada campuran itu yang halal atau haram seperti arak dan sebagainya sehingga menghilangkan ketiga-tiga sifatnya iaitu warna, rasa dan bau, mengikut qaul yang azhar adalah sabit hukum susuan jika diberi minum pada anak damit itu keseluruhan air susu yang bercampur tersebut. Ini kerana telah yakin akan sampainya ‘ain air susu itu ke dalam perut.

Adapun jika diminum hanya sebahagian air susu yang bercampur itu, mengikut qaul yang ashah adalah tidak sabit hukum anak susuan padanya kerana tidak yakin akan sampainya air susu itu ke dalam perut. Adapun jika jelas dan yakin bahawa lebihan campuran itu hanya tertinggal sedikit kadar susu yang dikuasai itu, maka sabitlah anak damit tersebut sebagai anak susuan. (Mughni Al-Muhtaj: 3/529, Raudah At-Thalibin: 9/4-5)

Wednesday, July 21, 2010

MGG NI EPISOD KEHIDUPN YG BZ MASIH BERTERUSAN. DARI 7.30 AM HGG KE 2.30 PM KURASA AMAT SEKEJP. MACAM2 KERJA PERLU DIBUAT. BNYK LAGI YG PERLU SETTLE... DR MENYEDIAKN SOALN UJIAN 2 FORM 6 HGG LA NAK MARKING, YURAN DIKUTIP X SEMPAT2 NAK SERAH COZ TIME KU X BZ KERANI KEWANGN PUN DH LUNCH HOUR. BELUM MASUK NAK WAT SLIDE UTK PELANCARAN SAIND MATH. ITUPUN MINTK POSTPONED IN HOUS TRAING PD COLLEAGE. YG X SIAP2 MENANDA LATIHAN MATHS T PRE U ALPHA N BETHA. X BG LATHN NANT TAKUT DIAORG X BUAT LATIHAN SNDIRI. NK BWK BERBINCG DAN TANDA TERUS DLM KELAS KOT X ABIS2 SILIBUS... NK PREPARE/STUDY UTK P'&P LAGI.... MMM ADA LSGI KERJA2 MAJALAH BELUM START... RESEARCH YG BUDAK2 BUAT BHGN PENGENALAN PUN BELUM SEMAK HUHHU.... PENATNYA. SEMUA RAKAN2 GURUKU PUN PENAT CAM NI MALAH BERBAGAI2 KERJA LAGI YG PERLU DIPIKUL SESUNGGUHNYA KU AMAT BERSYUKUR KERANA BEBAN KU INI TDK LA SEBERAT SESETGH GURU LAIN... BUKAN KERJA TU YANG MENJD PERSOALN TTETAPI MASA DAM TUGAS SEBENAR GURU CAM DAH TERPESONG...

Thursday, July 15, 2010

tgh malam ini ku tonton big daddy seorg diri coz mr papa not felling well headache... terharu tgk sonny nk jg kid yg bukan anakny w/pun ia just a story tp cukup menyentuh hatiku... beberapa hari lalu kami memaksa my dear son darwish peg mengaji kat taska from monday to wed. tp dia menolak sekeras2ny dengan alasan dia nk mengaji kat rumah. mulanya kurasa x mampu coz i have lot of works to do but today after maghrib he came to me myself minta untuk mengaji quran. memang di sek dia dah hafal beberapa surah. my kid stop apabila dah baca 5 surah terawal dlm muqadam tu... but i just ask him to try next surah... n i feel soooo happy becoz my lovely kid blh baca orang kata dh ngenal. rasa sejuk perutku ngandungkn dia. so i know from now i have to give chance to him to do whatevr he want selagi x menyalahi mana2 etika di bawah bimbingan ku sendri... dan ku bertekad ku sendiri yg akan ajar dia mengaji supaya i know his talent. my son... u're so gud to us and we have do somethg for u all guys.... coz we're ur parent!

Sunday, July 11, 2010

  1. kebelakangn ini hidup ku rasa kucar kacir... segalanya rasa x sempat. fizikal dan mentalku rasa amat penat. di kala susuku merudum ni terasa yg amat nk hire maid, tp mr hubby ku seperti tdk setuju. perkara ini kurasa amat perlu bila susu ku dpt skit je bila pam may be penat or stress, bila awish exam dpt no 8/12, bila ku didapur wakt maghrb sara mintak ku ajar dia mengaji... termenung jugak la bila kurenung dh lama x cabut uban mr hubbyku, dah lama mr hubbyku potong kuku sendr n bla bla... rasa ada sesuatu missing about my family n i. blm lg masuk bab baca quran... apapun ku amat hrp mr hubby faham kehendak ku ini. ku nak everytg complete w/pun mr hubby bnyk bantu tp kita dh bnyk abaikn waktu2 emas with our children... mr hubby, ku nak rumah kita clean n tidy all the time for our health n we do everythg together since we have no chance to solat berimam sefamily. all this for our children n for u my lovely hubby. OTHERWISE... may be U think I'm Not enough workIng hard to clean our house or too lazy tO maNage Everything??? it is about TIME... hari ni kuditinggalkn oleh mr hubby dan anak2. sampai tahap ini rasa sedih jgk... kena tnggl sebab nk jaga danial. but may b they are enjoy without their mom/wife... x nampk pun cam diaorg ralat nk tggalkan kami ber2 kat rmh. huhuhu saat terfikir lg kan bagus kalau ada maid blh tgkkan danial. nak usung danial pun x bagus coz now time for sleep... may b after this we have to seperate our fun time??? 

Saturday, July 10, 2010

Sunday, June 27, 2010

Ada kawanku yang bertanya? Kenapa susu badannya cair saya punya pekat? Jawapannya ada dibawah petikan ini yang kuambil dari http://blog.perempuanmelayu.info/2006/05/nutrisi-terbaik-daripada-ibu.html.

Susu badan terhasil dalam satu bahagian kecil seakan kelenjar dalam payudara. Kelenjar ini terjadi selepas hormon tertentu (estrogen, progestreron, pituitary prolactin dan placental lactogen) diransang dan terjadi pada fasa kedua kehamilan.

Payudara manusia tidak menyimpan susu dalam jumlah yang banyak seperti lembu. Menghisapnya meransang pelepasan hormon prolactin yang akan meransang penghasilan susu dan pelepasan satu lagi hormon (oxytocin). Hormon ini kemudian akan merangsang pengecutan kelenjar susu. Susu akan keluar daripada kelenjar ini ke saluran susu sebelum melalui puting.

Pada permulaan penyusuan, susu berwarna seakan biru dan mengandungi laktosa, protein dan sedikit lemak dikenali sebagai ‘foremilk’. Pada akhir penyusuan akan terjadi ‘hindmilk’. Hindmilk mengandungi lebih banyak lemak, sumber utama tenaga bayi anda.


Jenis susu ibu:

Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.

Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.

Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah.

Dah dapat dah jawapannya? Means kalau si ibu perah sedikit x sampai 20 minit ke, hindmilk tu belum keluar lagi. okey... buat ibu2 semua yakin lah susu kita ada untuk si comel.

Friday, June 25, 2010

sori mommies semua hari tu tulis font kecik sebab x dan la nak edit2. anyway sangat panjang kan entry hari tu jadi ku ringkaskan di sini. the conclusion of the article below:

Susu FM sebenarnya x wajiblah setelah anak2 dah tamat breastfeedg selepas 2 tahun. Lebih baik diberikan makanan2 yang sihat yg terkandung nutrition2 yang diperlukan daripada menghabiskan duit beratus2 ringgit untuk beli susu yang mahal2. 

Rasionalnya: bila anak kita minum susu tu nutrition yang terdapat dalam susu tu hanya menyerap about 5 - 10 percent only. Selebihnya jadi la poo.... that's why baby yang bf sepenuhnya poo sedikit berbanding baby yg fm sahaja poo banyak. tapi kalau makan nasi cukup ngan sayur2 ngan ikan2 ayam2 lebih bnyak la anak kita dapat khasiatnya. Bagi minum air masak yang bersih. cukup.. means ibu2 x bersalah la kalau x bagi fm tapi bersalah betul kalau susu fm banyak makan kurang... n mesti ingat anak yang gemuk tu x semestinya sihat kan. anak yang kurus tu x semestinya banyak penyakit back to how ur mom feeds u?

so mommies2 boleh la bagi komen2 ke supaya kita sama2 dapat share info yang berguna utk anak2 kita.


masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat: 1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi. 2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja. 3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi. Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan. Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut. Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

Wednesday, June 23, 2010

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

Sunday, June 20, 2010

SEMPENA BIRTHDAY DANIAL 19 JUN 2010 PAKEJ 2 DIUPGRADE SKIT. SPECIAL UNTUK SEMUA... Coolababy Bamboo Charcoal Snap Button 5 pcs 1 wetbag pink free 1 Busha Sock (monkey/lion/frog) Price including pos laju RM178

new born

MY THIRD NEPHEW - Muhammad Hamizan Harraz FOR THIS YEAR. BABY FROM HIS MOTHER (FIZA) AND FATHER (DIN). HE WAS BORN ON JUNE 19th 2O1O AT HOSP PUTRAJAYA. CONGRATULATIONS...

Friday, June 18, 2010

sekarang dah pandai nak mandi lama-lama, mengamuk la kalau tak puas tapi ngamuk kejap ke ngamuk2 manja shower time
oh .. time going fast, my baby son is growing ...lagi beberapa hari genap setahun. but not yet ready to run. IT's ok take ur time My love. now ya anak ummi so clever. he know to use oil yuyi at his stomach, knew the use of Johnson oil to the head. my baby is good, raise his hands when we asked 'mana Danial put up ur hands' ... thanks to god may be my bf, he seems to be healthy, active and clever. this School holidays I set the table and the feeding time because my breastmilk was decreasing after ponteng pumping sessions for the whole last week. bpump tu dibawa sekali but just stay cool sometime very hot in car boot. it is correct, breastfeed/pump ur baby within 2 hours once, it is very helpful to increase milk production. I have tried and its works. My alarm clock ready for every 2 hours kot2 terlajak. alhamdulillah milk increased even in very small quantities. because of u i have to struggle. i can do it, and u as a mother also can. believe urself...

Thursday, June 17, 2010

cuti2 sek ni berpeluang la buat breakfast utk anak2 tersayang. pagi nI Punya menu pancake. senang saja pUKUL SEBIJI TELUR HINGGA KEMBANG, CAMPUR KE DALAM 2 CAWAN TEPUNG, 1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT, 2 SUDU BAKING POWDER. KACAU SKIT LETAK GARAM SKIT, GULA 2 SUDU. KACAU SUSU TEPUNG SETENGAH CAWAN GUNA 2 CAWAN AIR PANAS. X DE SUSU TEPUNG SUSU IBU PUN BOLEH LA HEHE. CAMPUR KE DALAM TEPUNG TADI.  KACAU SEBATI BIARKAN DALAM SEJAM ATAU SEHINGGA ADA BUBBLES. MASAK ATAS PAN YANG NON STICK SENANG. MASA NAK MAKAN BOLEH LETAK HIASAN2 SUPAYA SI MANJA ANDA TERUJA NAK MAKAN. BOLEH LETAK HONEY OR JAM ATAS PANCAKE TADI. SELAMAT MENCUBA MOMMIES...

Bergaya dengan baju mandi muslimah
hadiah dari kak zima hadiah dari kakak lin
hadiah dari ummi tp at last ummi sendiri yg guna
hadiah dari ibu
sekitar sambutan birthday sara kat nursery
thanks a lot to warga kerja nursery atas sambutan hari jadi ini...

Wednesday, June 16, 2010

musim world cup
shopping kt mesra mall
danial tido time ku shopping kt alamanda
sejak danial 4 bln hgg sekarang nak masuk 1 tahun, ku dapat rasakan betapa bergunanya sling ring. Antara yg telah diketahui mommies semua its hands free sambil dokong anak blh bawa barang kiri kanan. Ini berguna bila ku antar dan ambil anak dr nursery kan beg bersepah2. Nak naik lif ke tingkt 6 kalau x guna sling memang payah ya amat ku tinggal je barang2 kat kereta papanya balik baru angkat naik rumah. Juga amat berguna ketika ku bershoppg. Baby selamat dalam kantung, laluan sempit cam Sogo tu boleh redah. Tangan boleh belek2 barang. Berguna amat jika bwk stroller x leh g tempat2 sempit kan. Dan lagi ku x perlu lagi guna nursing cover bila bf baby sebb slng dah bantu sembnyikan kita pny B. Anakku yang comel ni tido dlm buai. Time balik kelantan ari tu x de buai kt sana ku guna sling tu sumbat kat dlm kejap je dah tido sngt berfungsi sebagai buaian. Kita dakap baby rapat2 rasa sgt bahagia jd seorg ibu. Dan yg last kuterpikir sekarang yelah sangat bagus ketika dalam kereta kerana ku ini jenis yg suka tido time jalan2 dlm kereta. So sling tu sebagai seat belt la. Time baby tido baringkan dlm sling selamat baby x tergolek kita pun blh tido sungguh2. So ku sngt2 suggest pada ibu2 yg mempunyai anak kecil... Selamat mencuba!

Saturday, June 12, 2010

Holiday

Acara makan tembikai di rumah ayah teh
ayah teh, ayah su dan ayah
selamt pengantin baru jimmy anf fina
on the way ke kelantan jam ada exora accident
Kami makan sotong celup tepung 2 pinggan, udang celup tepung 2 pinggan, fishbal, keropok lekor, jemput, air jagung + ais krim 3 mangkuk, air kelapa 2 gelas dan milo ais. Jumlah harga RM43. Ok x?
Holiday ni kami sefamily ke Kelantan. Sepupuku Jimmy melangsungkan his wedding day kat rumahnya di Pengkalan Chepa. satu malam kami tido kat rumah ayah teh. X lepaskan peluang kami shopping kat Wakaf Che Yeh yg telah berubah wajah (kami suka wakaf che yeh yg dulu) dan Pengkalan Kubor. Bila anak dah ramai ni ku x berapa ada mood utk shopping... panas, anak pun merengek2 nak tido. Then, ku dan family serta aja dan aiman sempat makan sotong celup tepung kat telok ketapang. Sedap dan murah... puas hati makan. kawan2 yg nak makan sotong/udang celup tepung ku suggest kat sini. Lalu tepi landasan kapal terbang k trg. Kedainya nama Kedai Abang Yie. Ni lagi satu kedai yang ku nak suggest kat kawan2 kat Hentian rehat Ceneh Baharu Kemaman. Kalau Kawan2 suka makan nasi ayam kat sini memang best. Lunchnya ada sup tulang, mee kari dan nasi beriani. yang ni semua memang best. breakfast yg best kat sini nasi minyak dan laksa penang... fuhh memang x nyesal la makan... kawan2 try la kalau lalu kot lebuhraya jerangau jabor tu. Kedainya nama Family Corner. Tapi setakat ni cuma beroperasi siang la dari 7 pg ke 6 ptg.

;;