Friday, June 18, 2010

sekarang dah pandai nak mandi lama-lama, mengamuk la kalau tak puas tapi ngamuk kejap ke ngamuk2 manja shower time
oh .. time going fast, my baby son is growing ...lagi beberapa hari genap setahun. but not yet ready to run. IT's ok take ur time My love. now ya anak ummi so clever. he know to use oil yuyi at his stomach, knew the use of Johnson oil to the head. my baby is good, raise his hands when we asked 'mana Danial put up ur hands' ... thanks to god may be my bf, he seems to be healthy, active and clever. this School holidays I set the table and the feeding time because my breastmilk was decreasing after ponteng pumping sessions for the whole last week. bpump tu dibawa sekali but just stay cool sometime very hot in car boot. it is correct, breastfeed/pump ur baby within 2 hours once, it is very helpful to increase milk production. I have tried and its works. My alarm clock ready for every 2 hours kot2 terlajak. alhamdulillah milk increased even in very small quantities. because of u i have to struggle. i can do it, and u as a mother also can. believe urself...

Thursday, June 17, 2010

cuti2 sek ni berpeluang la buat breakfast utk anak2 tersayang. pagi nI Punya menu pancake. senang saja pUKUL SEBIJI TELUR HINGGA KEMBANG, CAMPUR KE DALAM 2 CAWAN TEPUNG, 1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT, 2 SUDU BAKING POWDER. KACAU SKIT LETAK GARAM SKIT, GULA 2 SUDU. KACAU SUSU TEPUNG SETENGAH CAWAN GUNA 2 CAWAN AIR PANAS. X DE SUSU TEPUNG SUSU IBU PUN BOLEH LA HEHE. CAMPUR KE DALAM TEPUNG TADI.  KACAU SEBATI BIARKAN DALAM SEJAM ATAU SEHINGGA ADA BUBBLES. MASAK ATAS PAN YANG NON STICK SENANG. MASA NAK MAKAN BOLEH LETAK HIASAN2 SUPAYA SI MANJA ANDA TERUJA NAK MAKAN. BOLEH LETAK HONEY OR JAM ATAS PANCAKE TADI. SELAMAT MENCUBA MOMMIES...

Bergaya dengan baju mandi muslimah
hadiah dari kak zima hadiah dari kakak lin
hadiah dari ummi tp at last ummi sendiri yg guna
hadiah dari ibu
sekitar sambutan birthday sara kat nursery
thanks a lot to warga kerja nursery atas sambutan hari jadi ini...

Wednesday, June 16, 2010

musim world cup
shopping kt mesra mall
danial tido time ku shopping kt alamanda
sejak danial 4 bln hgg sekarang nak masuk 1 tahun, ku dapat rasakan betapa bergunanya sling ring. Antara yg telah diketahui mommies semua its hands free sambil dokong anak blh bawa barang kiri kanan. Ini berguna bila ku antar dan ambil anak dr nursery kan beg bersepah2. Nak naik lif ke tingkt 6 kalau x guna sling memang payah ya amat ku tinggal je barang2 kat kereta papanya balik baru angkat naik rumah. Juga amat berguna ketika ku bershoppg. Baby selamat dalam kantung, laluan sempit cam Sogo tu boleh redah. Tangan boleh belek2 barang. Berguna amat jika bwk stroller x leh g tempat2 sempit kan. Dan lagi ku x perlu lagi guna nursing cover bila bf baby sebb slng dah bantu sembnyikan kita pny B. Anakku yang comel ni tido dlm buai. Time balik kelantan ari tu x de buai kt sana ku guna sling tu sumbat kat dlm kejap je dah tido sngt berfungsi sebagai buaian. Kita dakap baby rapat2 rasa sgt bahagia jd seorg ibu. Dan yg last kuterpikir sekarang yelah sangat bagus ketika dalam kereta kerana ku ini jenis yg suka tido time jalan2 dlm kereta. So sling tu sebagai seat belt la. Time baby tido baringkan dlm sling selamat baby x tergolek kita pun blh tido sungguh2. So ku sngt2 suggest pada ibu2 yg mempunyai anak kecil... Selamat mencuba!

Saturday, June 12, 2010

Holiday

Acara makan tembikai di rumah ayah teh
ayah teh, ayah su dan ayah
selamt pengantin baru jimmy anf fina
on the way ke kelantan jam ada exora accident
Kami makan sotong celup tepung 2 pinggan, udang celup tepung 2 pinggan, fishbal, keropok lekor, jemput, air jagung + ais krim 3 mangkuk, air kelapa 2 gelas dan milo ais. Jumlah harga RM43. Ok x?
Holiday ni kami sefamily ke Kelantan. Sepupuku Jimmy melangsungkan his wedding day kat rumahnya di Pengkalan Chepa. satu malam kami tido kat rumah ayah teh. X lepaskan peluang kami shopping kat Wakaf Che Yeh yg telah berubah wajah (kami suka wakaf che yeh yg dulu) dan Pengkalan Kubor. Bila anak dah ramai ni ku x berapa ada mood utk shopping... panas, anak pun merengek2 nak tido. Then, ku dan family serta aja dan aiman sempat makan sotong celup tepung kat telok ketapang. Sedap dan murah... puas hati makan. kawan2 yg nak makan sotong/udang celup tepung ku suggest kat sini. Lalu tepi landasan kapal terbang k trg. Kedainya nama Kedai Abang Yie. Ni lagi satu kedai yang ku nak suggest kat kawan2 kat Hentian rehat Ceneh Baharu Kemaman. Kalau Kawan2 suka makan nasi ayam kat sini memang best. Lunchnya ada sup tulang, mee kari dan nasi beriani. yang ni semua memang best. breakfast yg best kat sini nasi minyak dan laksa penang... fuhh memang x nyesal la makan... kawan2 try la kalau lalu kot lebuhraya jerangau jabor tu. Kedainya nama Family Corner. Tapi setakat ni cuma beroperasi siang la dari 7 pg ke 6 ptg.

Thursday, May 20, 2010

skrg milk produce sgt kurang. Ku dh mula bimbang. Time2 cam ni ku kan kalut2 buka blog harlinda halim bagi semangtku kembali. Seperti biasa ku dapati pemakanan ku yg always x stabil. Start hari ni ku mest promise myself utk: * minum bnykkkkk air * makan sayur2 hijau * pum 2 jam sekali (ni payah skit sebb skrg lower 6 dah masuk pastu asyk dpt relif x sempt pump. Kalu sempt pump x sempt mkn huhu) * n nak try virgin coconut oil ... Kot2 membantu * ku mest bnyk kan lg doaku padaNya supaya diperbnykan susu ku dan dipermudhkan segala urusan ku... Amin. Demi anakku, tak kan ku sia2 kn lg peluang ini setelah dua kesilapan yg lalu. Darwis dan sara so sori dulu ummi x tau menahu tentg penyimpanan susu dan tiada keyakinan. Kalau la dpt ku balik ke masa lalu... N sometime ku rasa sedih bila ada someone yg x percaya kan kebaikan susu ibu yg tiada tandingan actually... Biar la apa org nak kata hati ku tetap nekad! Lambatnya dapat medela free style... Kot2 ku jd lebh semgt dgn pump baru dan power tu hehehe...

Pandainya anak ummi...

Monday, May 17, 2010

sambutan hari guru diadakan serentak di seluruh negara hari ini. Terima kasih kpd anak muridku han jie yang memberi hadiah peribadi buatku sebagai gurunya. Wpun ia hanya kalendar kertas buatan sendiri tp amat bermakna buatku. Dpt dirasakan keikhlasannya memberi. Hari ini hatiku tidak begitu berbunga menjadi seorang guru. Knp? Kerana masa kecilku ku memang puny cita2 tinggi utk bergelar cikgu, tp apa yg kuimpikan x sama dgn yang terjadi sekarang. Dunia pendidikan kini lebih berorientasikan peperiksaan. Sekolah hanya pentingkan peratusan lulus. Angka itu yg asyik dibincngkan samada naik atau turun. Guru2 yang bagus adalah guru yg dapat mengagak apa yg keluar dlm peperiksaan dan mengajar topik tersebut sahaja janji pelajar lulus.brp gred lulus skarg? Mana yang x masuk or dijangka tidak ada dalam soalan spm/pmr/stpm x perlu ajar. Ajar sebahagian sahaja... Aku x mahu menjadi guru seperti ini. Mungkin disebabkan ini pelajar cemerlg pmr x dpt kuasai tajuk2 spm dgn bags. Yang bgs spm x dpt cemerlang diperingkt universiti... Semuanya gara2 belajar kerana peperiksaan. Lain benar rasanya sewaktu ku di alam sekolah dulu. x pasti pulak bila keadaan ini akan berterusan. Ku lebih suka sistem dulu setiap pelajar perlu dpt bgs baru blh naik ke peringkt seterusnya. Tp kini bila pmr teruk pun dpt naik, spm pelajar yg amat lemah ni boring sangat nak belajar sebab apa pun x tau. Timbul la pulak masalah disiplin. Semua gara2 sistem yang kurasa x membantu membina seorang insan yg berkualiti. Aku terus berharap sistem pelajaran di sekolah akan pergi ke satu tahap yg sepatutnya. Guru hari ini perlu pandai menjual, perlu menjadi along, perlu pandai bertukang, perlu pandai kerja2 pengkeranian, dr sekecil benda hingga la yg rumit. Tp yang tercicir anak2 murid. Cikgu tiada persediaan mengajar yg bagus. Tiada lagi menggunakan alat bantu mengajar yg berkesan mahupun menggunaka teknologi. Guru x punya bnyk masa utk menanda kerja2 pelajar. Bukan ini yang ku rasa tugas guru. Bukan.... Dan aku x mahu menjadi seorang guru seperti ini. Ku mahu serapkan segala kemahiran yg perlu ada dlm menjadi seorang insan. Ku x mahu pelajar yang hanya sekadar mampu untuk lulus peperiksaan...

Friday, May 14, 2010

baby girl yg kiut miut ni was born at 1 am 14 mAy 2010. Mama dia nk sgt lahirkan anak on mei. Tahniah along! her name is NUR HANNAH AMALINA

Thursday, May 13, 2010

beberapa bulan kebelakangan ini ku rasa penat sgt. Susu ku seakan berkurang. Sometimes anakku meraung2 mcm x cukup susu mlm2. Memang kadang kala ku x sempat nak pam bnyk kali. Kalau di sekolah jadual x menentu. Kadang kala free time tu la nak mkn. Nk prepare utk kelas especly kelas form 6 tu/pra u. Kat rumah plak rasa bnyk benda nk kena buat, bila ku spend time to pump lama sejam... Coz aku pump kejp2. Apapun terjd dlm 2 thn ni aku mest cekal kn hati fully bf biar apa pun org nk kata... Tapi ku tak blh patah semgt. Kena berusaha2 utk bnykkan kembali susuku. D n right now ku mest adakan jadual pam dan ku mesti ikutttt, disiplin pls. Huhuhu

Wednesday, May 12, 2010

UNTUK MEMUDAHKAN MOMMIES BUAT RUJUKAN KAMI LIST KAN HARGA TERBARU DI SHOP KAMI : COOLABABY BUTTON - RM 29/PC                           COOLABABY VELCRO - RM30/PC                   COOLABABY BAMBOO BUTTON - RM33/PC           MINKY BUTTON - RM33/PC                             MINKY VELCRO - RM34/PC tapi kami ada sediakan harga less untuk pembelian 10 pcs ke atas: coolababy velcro - 29/pc coolababy bamboo - 31/pc free shipping (pos biasa) untuk pos laju tambah rm8 (kami akan tambah baki pos laju tersebut special untuk mummies)

Monday, May 10, 2010

bERSEMPENA BIRTHDAY KU HARI INI, KU INGIN UCAPkN TQVM TO MY LOVELY HUSBD YG SUSAH PAYAH CUTI HARI NI UTK SAMBT HARI JADIKU. TAPI MASA SUNTUK AFTER SCHOOL BARU START JLN SO KAMI JUST SEMPT PEG LUNCH KT SATAY  KAJANG WANGS MAJU. PASTU X PUAS MKN LAGI GI SECRET RECP KAT SEBELAH OF COURSE UTK MINUM AIR APPLE KASTURI AND HAZEL CHEESE CAKE. KU SIAP ORDER BURGER LAGI WPUN DAH KENYANG MAKAN SATAY... NAFSU BETUL. HADIAH? THANKS HUBBY SEBB BWK KU SHOPPING KE SOGO UTK PILIH SENDRI APA YG KU NAK. WPUN BUDGET X BNYK TAPI SUDH KIRA MEWAH LA BAGIKU HADIAHKAN KU HANDBG DAN KASUT CARLO RINO YG KU PILIH SENDRI SAMBIL PELUK DANIAL DALAM SLING. YG DUA ORG LAGI KIDS KU BERKEJARAN DLM SOGO BUAT PAPA DIA MEMBEBEL JE SAMBIL TARIK MUKA MASAM... HUHU

Sunday, April 25, 2010

  • 24 april 2010
  • di padang dbkl
Darwish dapat 2 piala emas - acara lari dalam guni & pecah belon dan 1 perak tarik bola dengan gelung

CUIS

  • Lirik Demi Matahari - Snada
  • Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
  • Demi bulan apabila ia mengiringi
  • Demi siang hari bila menampakkan dirinya
  • Demi malam apabila ia menutupi
  • Demi langit beserta seluruh binaannya
  • Demi bumi serta yang ada di hamparannya
  • Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
  • Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
  • Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
  • Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
  • Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
  • Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
  • Lirik Demi Matahari - Snada @ Lirikami
Lagu ini didendangkan oleh anak2 CUIS (Cahaya Ummi Islamic School) pada Hari Usahawan 2010. Seronok tgk diaorang nyanyitapi tak sempat nak ambik video...

;;