Saturday, May 9, 2015

Allahuakbar Allah Maha Besar...
Saat ini ku rasa masih fobia dengan peristiwa yg menimpa bayi comelku Muhammad Danish Qushayyi. 7 Mei 2015, Khamis, jam 3 pagi. Ku terjaga dari tidur dan terus terpandang bayi comelku yang tidur mengiring menghadapku. Mata nya putih hanya sedikit sahaja mata hitam yang nampak. aku panik dan pantas bangun memanggil2 danish. Segera ku angkat tubuh bulat itu. Tiada respon, tiada suara... tangan dan kakinya terkulai. Hati ku dah tak keruan ku bangunkan suami di sisi. Minta dia lihat apa yang sedang terjadi ke atas Danish.
Melihat kepada nya seolah-olah Danish sukar bernafas. ku baringkan Danish dan buka mulutnya takut dia tak boleh bernafas. Tiada respon. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku ketika itu. Aku cepat2 minta suami hubungi jiranku yang merupakan  doktor (suami isteri doktor) di mana isterinya Doktor Khairiah merupakan insan yang menyambut kelahiran bayi comelku Danish di Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang.
Tangan ku menggigil-gigil menyentuh skrin handphone mencari nombor telefon untuk dihubungi. Saat itu Danish masih tiada respon dipangku papanya. Kami masih memanggil2 nama Danish. Apa yang berlaku? Danish sihat sahaja sepanjang hari tanpa demam walaupun petang rabu Danish ada menerima suntikan vaksin untuk 3 bulan (ketika ini umurnya sudah 4 bulan). Sementara menunggu kedatangan doktor suami mendukung bayi comelku.
Beberapa minit mendukungnya, terdengar tangisan Danish dan ku lihat matanya kembali normal. Ya Allah syukur Alhamdulillah.... dengan tangan yang masih menggigil ku dukung Danish sambil menunggu kedatangan doktor, jiran ku di tepi rumahku. Sewaktu doktor tiba Danish kembali normal. Doktor lakukan pemeriksaan kepada bayiku. memang Danish tidak demam. Pernafasannya juga elok. Doktor kata mungkin sawan. Walaupun tidak demam sawan tetap boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Doktor kembali ke rumah setelah hampir setengah jam memeriksa Danish. Terima kasih jiranku...
Walaupun hatiku masih tidak tenteram dengan melihat Danish kembali normal ku tertidur juga ketika hampir 5.00 pagi di sisi Danish. Akibatnya kami terlewat bangun untuk ke sekolah kira2 jam 6 pagi...
Ketika berada di sekolah hatiku masih tidak tenteram walaupun sudah ku pesan kepada ibu Danish (baby sitter) supaya monitor keadaan Danish sepenuhnya.
Ku kabarkan berita ini kepada kawan2 mereka mintaku balik saat itu juga dan lakukan pemeriksaan lanjut. Terima kasih kepada teman2 guru2 form 6 Star yang perihatin dan rakan sepanitia Pn Tew yang sudi relief kelas ku dengan menjalankan program Gemilang Ilmu.
Suamiku ambil emergency leave bermakna dari Jumaat hingga Khamis beliau bercuti. Kami ke klinik Pakar Kanak2 Lee di Bandar Botanik di mana Danish menerima suntikan vaksin bulanan. Doktor memeriksa dan mendapati keadaan Danish normal dan sihat. Namun begitu doktor mensyorkan Danish admit di hospital Klang untuk further observation petang nanti kerana bimbang kami tidak dapat observe Danish di waktu malam.
Tapi memikirkan urusan anak2 yang lain ditambah dengan keyakinan keadaan Danish yang normal ku kabarkan kepada jiranku Doktor Khairiah bahawa kami akan observe keadaan Danish di rumah sahaja dengan bergilir2 tidur antara ku dan husband. Sehingga ke pagi berikutnya keadaan Danish normal.
Alhamdulillah... syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepada Mu ya Allah kerana masih memberi Danish kepada kami. Sesungguhnya itu antara peringatan yang Allah berikan kepada kami supaya kami sentiasa ingat kepada Nya... Ya Allah aku bermohon kepada Mu agar diberikan kesihatan yang baik kepada kami dan jauhilah kami dari perkara2 buruk. Amin.
Namun begitu hingga sekarang ku masih tertanya2 apa punca jadi begitu.

;;